Hadiah Kreatif

Rabu, 6 Julai 2011

Semester 5

Salam semua. Hari ini saya akan kongsi dengan readers mengenai sambungan untuk kurus Ukur Bahan. Bagi semester 5 pelajar Ukur Bahan akan menjalani latihan praktikal di tempat praktikal yang diberikan oleh pensyarah atau pilihan sendiri. Oleh itu pelajar perlu menghadiri beberapa perjumpaan bersama dengan pensyarah supaya segala masalah yang dihadapi oleh pelajar akan dapat diselesaikan.

Yang pertama.
Pelajar akan berjumpa dengan pensyarah semasa di awal semester 4 iaitu Preliminary Briefing. Di dalam briefing ini pelajar akan diberitahu mengenai tatacara briefing tersebut akan diadakan. Oleh itu, setiap pelajar wajib untuk menghadiri Preliminary Briefing tersebut.

Yang Kedua
Pelajar perlu menghadiri kursus Kad Hijau anjuran CIDB. Kad ini membolehkan pelajar memasuki tapak bina. Jika tiada kad hijau ini, pelajar dilarang sama sekali untuk memasuki tapak bina.

Yang Ketiga
Pelajar akan diberi taklimat mengenai tempat-tempat latihan praktikal yang bakal pelajar-pelajar pilih. Pelajar akan di beri beberapa pilihan menganai tempat praktikal.

Yang keempat
Selepas pilihan di buat, pelajar perlu menunggu keputusan penempatan tempat praktikal apabila pensyarah telah mendapat jawapan daripada syarikat yang dipilah oleh pelajar.

Yang Kelima
Perjumpaan terakhir akan diadakan selepas pelajar tamat exam pada akhir semester 4 nanti. Oleh itu, pelajar dikehendaki merancang masa balik mereka dengan betul supaya tidak bercanggah dengan tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar dikehendaki menandatangani surat perjanjian dengan pihak Universiti ataupun Kolej.

Akhir sekali pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menjalani latihan praktikal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan