Hadiah Kreatif

Sabtu, 6 Ogos 2011

Bayi putus kepala di Melaka

Sapa yang ada baca cerita nie mesti sedih dan geram kan... Semalam saya baca paper Harian Metro mengenai dengan kisah ini.. Sangat kesian dekat baby yang dilahirkan oleh ibunya yang sangat2 tak prihatin terhadap anaknya sendiri. Biarpun bayi itu luar nikah kita ada banyak saluran yang sedia membantu, bukannya pihak hospital tidak ada untuk membantu... HMM apa la dorunk nie kan... dah lepas bersalin bila kepala baby 2 dah terputus boleh pulak telefon mak die suruh datang bawak pergi hospital kan... 

Tak pasal-pasal satu nyawa yang tidak bersalah telah hilang gara-gara perbuatan ibunya sendiri. Apa yang kita lihat sekarang nie mereka yang melahirkan anak luar nikah dan kemudian buang pulak baby 2... dorunk nie mcm dah tak hengat dosa... Tu antara Si Pelaku dangan Tuhan la... Saya cuma kata kat cnie atas dasar kemanusiaan dan apa yang saya ingin luahkan. Sedih sangat... dalam bulan ramadhan nie nyawa baby yang tidak bersalah menjadi mangsa atas perbuatan ibunya yang tidak memikirkan risiko yang bakal dihadapi apabila melahirkan baby dalam keadaan yang tidak diketahui orang. 

Kita nie tidak mahir pasal apa yang berlaku dalam badan kita terutama sekali sekiranya kita mengandung... Keadaan baby dalam kandungan sangat penting. Apapun masalah yang kita hadapi kene rujuk pada yang lebih arif.. Jangan buat tindakan sendiri yang akhirnya akan menyebabkan kita mendapat susah. Jadikanlah peristiwa ini sebagai satu iktibar dan pengajaran untuk semua... 


ANAK ANUGERAH ILAHI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan