Hadiah Kreatif

Sabtu, 1 September 2012

Persiapan Menjelang Hari Bahagia...

Hai readers semua... dh lama rasanya x update blog nie kan.. mesti korang tertanya2.. hehe... yeke tertanya2 ke aku yang prasan sendiri.. tah2 xde yg baca pn blog aku nie,, huhu... ok la,, untuk pengetahuan korang semua selepas majlis petunangan aku bulan Januari ari 2.. Sekarang aku sedang menyibukkan diri untuk menyediakan persiapan perkahwinan aku dengan tunang tersayang..

Latest update: banyak barang yg telah kami beli cuma tinggal barang hiasan untuk hantaran perkahwinan kami... Pejam celik pejam celik dh tgl lg sebulan je majlis kami,.. Majlis kami adakan pada :-

Rentetan Majlis:-

06.10.2012 - Majlis Pernikahan & Majlis berinai (Malam)
07.10.2012 - Majlis Persandingan

Rentetan Majlis telah kami aturkan awal2 supaya kami tidak kelam kabut apabila tiba harinya. Semua borang telah selesai di hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Borang kebenaran nikah telah kami hantarkan kepasa Jurunikah..

Bab borang dh selesai,.. tinggal bab rumah je... Mulai minggu nie sampai majlis nanti aku akan sibuk untuk mengemas rumah... terutama sekali bahagian bilik & ruang tamu sebab ia menjadi tumpuan utama sewaktu majlis berlangsung..

Bab mak andam pn dh selesai cuma tinggal nak jumpa mak andam untuk bincang mengenai atur cara majlis yang bakal berlangsung.

Khemah pn telah selesai... tunggu majlis baru leh tunjukkan semua persiapan 2 semua kalau x.. x surprise la kan.., hehe...

Ape2 pn aku berharap semoga Majlis aku nanti berjalan dengan lancar. Semoga apa yang dirancangkan akan menjadi..

Menghitung hari bagi mengakhiri zaman bujang... :-) :-) :-)

Sabtu, 7 Julai 2012

Review Filem 8 Jam...

Hi kengkawan semua... dah lama x update kan blog nie... hehe maklumlah tgh bz buat persiapan perkahwinan.. Banyak yang nak diceritakan dalam blog nie sebenarnya tapi aku nak cerita yang paling latest je ye... Ok baru2 nie 05.07.2012 aku dan tunang telah menjejakkan kaki ke TGV Bukit Tinggi...

Tibalah masa untuk menyaksikan fielm yang sangat2 dinanti2 kan oleh semua orang termasuk aku dan juga tunang.. haa nak dijadikan cerita permulaan cerita memanglah iklan manjang.. lama sangat iklan nye.. hehe... Tunggu punya tunggu tibalah saat dinanti2 kan,,, cerita pun bermula,,,

Ok la komen aku cerita ini banyak memberi pengajaran yang sangat berguna dan banyak memberi iktibar kepada penonton hinggakan aku yang tgk cerita 2 turut menitiskan air mata... Betapa filem in telah berjaya mencuri hati penonton dan juga berjaya mengambil 'feel' penonton. Oleh itu, kepada penggemar filem kita marilah kita sama2 support industri pefileman negara dengan meneonton filem 8 Jam.

Filem ini merupakan filem yang wajib tayang / wajib tonton dan apa sahaja ungkapan yang sesuai untuk filem ini.

Hari  nie tunang aku ngah OTW nak balik kampung, nak g kenduri kahwin umah sepupu die di baling. Semoga selamat kembali dan selamat pulang. Berhati2 lah dalam perjalanan nti ye...


Ahad, 20 Mei 2012

Apa yang ada di Sophie Paris....

Pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik di Sophie Paris kan... Memang sangat menarik untuk anda kunjungi tempat ini.. Pada tengah hari tadi telah diadakan majlis pelancarn bagi katalog empat. Pada kali ini tema yang digunakan untuk majlis ini ialah putih. Kebetulan pulak masa pegi petang tadi pakai baju yang hampir2 dengan putih so apa lagi hampir nak matchla... huhu...

Untuk kali ini, jualan untuk bulan pertama aku joint Sophie Paris ini boleh tahanla.. tapi member2 aku sume x sabar untuk nantikan kemunculan kasut dan juga baju yang bakal tiba harinya...

Jadi jangan tunggu lagi,.. banyak peluang menarik yang bakal anda kecapi sekiranya anda menjadi ahli pada waktu ini.,. tentu anda tidak mahu ketinggalan dalam segala acara yang bakal mereka anjurkan...

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Sophie Paris nie bolehla layari laman web www.sophieparis.com.my Jangan tunggu lagi,.. Rebutlah peluang selagi boleh... Barang2 yang dijual dan ianya dijamin sehingga 30 hari... Oleh itu marilah rebut peluang beramai-ramai dengan menjadi ahli Sophie Paris... Kami sudah anda bila lagi????

Untuk kali ini silalah lihat katalog baru Sophie Paris 'Katalog 4'...

Sila klik link di bawah ini untuk terus ke page Sophie...

http://www.sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html

Showroom Sophie Paris.....



Khamis, 17 Mei 2012

Bualan Hangat Sophie Paris Malaysia...!!!!

Hai readers semua... dah lama x update blog nie... tak tahu mana nak mula... tapi untuk pengetahuan anda semua... baru2 nie pada bulan Januari telah dilancarkan satu jenama yang ala2 Avon,Cosway,Nutrimetics dan banyak lagi yang kita dengar masa kini... kaedah jualan berdasarkan katalog yang akan dikeluarkan mengikut bilangan hari... Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar nama SOPHIE PARIS pasti tertanya-tanya jenama apa nie? Bagus ke product nye? Jadi untuk tidak tertanya2 lagi saya akan bagi sedikit gambaran mengenai produk ini...

Jenama ini diasaskan oleh seorang yang berasal dari Germany. Beliau telah lama mempromosikan produk Sophie Paris nie di luar negara, cuma di Malaysia ia baru dilancarkan pada bulan Januari 2012. Produk2 yang terdapat dalam pasaran mereka adalah beg tangan, beg dompet, jam tangan, kasut, baju dan sebagainya, tetapi untuk pasaran di Malaysia bagi baju, kasut akan mula memasuki pasaran sekitar musim perayaan yang akan datang ini... Buat masa ini empat katalog telah diterbitkan untuk pasaran di Malaysia.

Untuk permulaan bagi menjadi ahli anda cuma perlu membayar yuran pendaftaran RM 15 bagi seumur hidup dan anda akan dibekalkan dengan Starter Kits yang mengandungi katalog terbaru, pamplet, kad keahlian, borang pembelian barang, manual ahli. Ia bagi memudahkan ahli merujuk kepada perkara2 yang ingin diketahui...

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh lah melayari laman web Sophie Paris itu sendiri di www.sophieparis.com.my.

Sophie Paris Malaysia


Jumaat, 23 Mac 2012

Promosi.... Kain Polkadot n Polkadot Flower

Hai readers semua... Entry kali nie saya nak mempromosikan kain yang sedang hangat di pasaran... Harga pasaran luar mencecah RM 100 keatas tapi promosi untuk kali ini, kain tersebut boleh didapati dengan harga RM 70 SAHAJA... Sapa cepat die yang dapat...











Untuk Kaler ungu telah terjual hanya tinggal 4 pasang lagi untuk dimiliki.... Ingat..... Sapa Cepat Dia Dapat...
Jadi jangan tunggu lagi.... Rebutlah peluang ini k..... Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan  komen.... 

Ahad, 12 Februari 2012

Rezeki dari Nuffnang

Hai readers semua... hari nie xde cerita yang nak diceritakan... hehe... tapi nak bagi tau yang tadi aku ada tgk Nuffnang akaun aku... ada la sedikit habuan untuk aku yang dah lama x berblogging nie...


Haa... adela terselit 3 BE yang baru untuk akaun aku nie,,,, hehe... Setakat nie aku belum berjaya untuk cash out kan dari akaun Nuffnang aku nie... tpi insyaallah satu hari nanti aku akan berjaya jugak...

Jap lagi aku nak g jumpa mak andam... nak discuss untuk majlis aku nanti....

Jumaat, 3 Februari 2012

Hari Pertunanganku

Hai readers2 ku semua... dah lama kan aku x update blog aku nie... hehe... memang lama sangat pn... kalau x salah aku tahun lepas aku last upadate... tu pun bulan 10 aku rasa... Hari nie aku nak kongsi dengan korang semua tentang hari bahagia aku... Untuk pengetahuan korang semua aku telah sah menjadi tunang kepada Royherwin pada tanggal 22 Januari 2012.. Pada hari Ahad sebelum raya cina. Memang lambat la aku update coz b.band aku ngan laptop wat hal plak.. hehe....Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar... Berkat kesabaran dan juga kekuatan yang ada pada kami, akhirnya kami telah ditunangkan..

Pada perancangannya pihak saya akan memberi 9 dulang berbalas dengan 7, tetapi setelah saudara kami datang, pihak saya memberi 13 dulang berbalas dengan 9 dulang dari pihak lelaki... Pada hari tersebut, sedang aku duduk bersendirian sebelum menjadi tunangan org, tiba-tiba hatiku terasa sayu... Aku sendiri pun x tau kenapa... mungkin itu normal bagi seorang perempuan.. Tetapi apapun yang paling penting segalanya telah berjalan dengan lancar...

Mula2 sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, adik, k.long, k.ngah, pakcik2 & makcik2 ku yang banyak membantu... x lupa juga kepada mereka yang telah hadir pada majlis pertunanganku untuk meraikan aku... Aku rasa sungguh bahagia sekali,,,

Xlupa juga kepada keluarga sebelah tunangku yang telah hadir... dan sudi menerima aku sebagai salah seorang dari ahli keluarga mereka... Haaa... kat sini aku nak cite ngan korang semua... hehe.... adalah satu kejadian yang tak disangka-sangka.... Pada hari pertunangan ku itu, abah aku terjumpa dengan kawan lama die.... Mulanya dorunk hanya pandang2 bile dah nak balik 2 kan... masing-masing2 pandang muka masing-masing... Setelah agak lama, akhirnya dorunk pun berpelukan... hehe... Kami sendiri tertanya-tanya kenal ke dorunk nie... Setelah diselidik rupa-rupanyadorunk satu tempat keje dulu... Menurut cerita dah 20 tahun terpisah... Mulanya abah aku ingat saudara jauh bagi pihak lelaki... rupanya dekat sangat... pak cik tunangku...

Itulah kalau dah jodoh kan... hehe... ada video yang dirakamkan, nak tergelak pn ada... yela dah lama x jumpa... makin rapatla hubungan keluarga kami...

Nie aku ada skit gambar untuk dikongsi bersama2 dengan korang... Doakan aku bahagia dan selamat hingga ke akhir hayat kami ye....









Pada kawan2 aku yang aku jemput aku mintak maaf banyak2 coz ada yang dah lost contact... hopefully masa majlis kahwin aku nanti ade la kawan2 aku yang datang especially kawan2 dari sekolah teknik setapak and also kwan2 uitm aku... InsyaAllah... kalau xde ape2 aku akan publishkan update terkini untuk persediaan perkahwinan aku nanti supaya kawan2 aku dapat tahu perkembangan aku yang terbaru,...

Buat Nurul thanks for calling aku... aku rindu sangat kat kaw... hehe... kaw la sahabat baik aku selamanya... 
Budak janda baik yang memang baik... hehehe... Jangan lupa halo2 kawan2 lama ye...