Hadiah Kreatif

Jumaat, 1 November 2013

Breastfeeding Is Sunnah....

Hi readers semua,

Saya menyertai pertandingan nie.
Hopefully to be one of the winner... Doakan ye kawan2...

Sila klik like pada page nie to support me...

Breastfeeding Is Sunnah..... 
Terima kasih kepada sesiapa yang like..... :-) :-) :-) 

Khamis, 17 Oktober 2013

Malam Berinai 06.10.2012 (Tema - Hijau Lumut)

Sedikit gambar bagi malam berinai untuk tatapan semua.. 










Kait Botol Air Anak....

Hi,,, skang nie ngah otw nk kaitkan bekas tuk botol my baby.,, so bile dh siap sy akan update k... nantikan kemunculannya... hehe

Crochet Design

Hai readers.. ok korang sume ingat lagi x pasal crochet masa entry ak hari 2... ok hari nie ak nak tunjukkan kat korang crochet yang aku buat... Kalau korang berminat boleh tempah jugak... Kalau nak tempah leh tinggalkan komen kat entry ini... Ok silalah tengok ye...


RM 30

Harga yang ditunjukkan termasuk dengan kos penghantaran. Jika mahu guna awal sila tempah dua minggu lebih awal dari tarikh yang ingin digunakan.

Thanks... Kalau berminat tempah k... Komen je kat cine... juga boleh pm di facebook...


Crochet Bottle for order!!!! Reasonable Price!!! Hurry!!!!

Hi readers sume,

Promosi untuk followers dan juga readers semua.. Saya baru berjinak2 dalam bidang mengait.. Entry sy sebelum nie sila klik http://eilaroy09.blogspot.com/2011/07/crochet-design.html  Design tersebut masih boleh ditempah..

Kini saya ingin promosikan design terbaru.. Untuk mendapatkan sedikit kelainan ia doleh dijadikan sebagai door gift bagi majlis bertunang, cukur jambul dan sebagainya. Tempahan awal hendaklah dibuat supaya tempahan boleh disiapkan dalam masa yang dikehendaki.

Kat bawah nie adalah design botol air. Warna boleh dipilih mengikut tema yang dikehendaki. Untuk harga boleh pm saya di Facebook : https://www.facebook.com/norfadilah.shamsudin

Gambar kat bawah nie adalah contoh botol air kait yang saya katakan di atas tadi.. Warna bekas botol air ini boleh di tukar. Kebiasaannya saya akan buat warna hitam di bahagian bawah bagi mengelakkan kekotoran.

Seterusnya saya akan sambung dengan warna2 pilihan anda. Maksimum kaler adalah 3... Tali botol air pun boleh pilih nak pakai warna yang digemari...



Jadi jangan segan2 nak pm saya untuk harga ye.... 



Rabu, 2 Oktober 2013

Nuffnang menjelma…

Alhamdulillah akhirnya nuffnang ads menjengah lagi kat blog aku setelah sekian lama menyepi…

Huhu… tgkla preview bawah nie,…

Untitled

Nuffnang Tags: , ,

Moga2 lepas nie ade lagi rezeki dari nuffnang ye,,, SmileOpen-mouthed smile

Selasa, 1 Oktober 2013

Anak Anugerah Ilahi

Hi dah lama sy x hapdate blog nie kan.. hehe… Nie pic terlatest anak saya…

Rindu kat anak saya nie…hehe… Ade beberapa gambar untuk tatapan anda semua…

 

46959_10201832572073988_275162757_n581667_562744137105719_341284361_n600636_594340593946073_1091641030_nAnakku

Cinta hati ibu dan papa…

Isnin, 23 September 2013

Jumaat, 20 September 2013

Pemakanan Bersalin Operate

Perkara biasa yang dialami oleh wanita selepas bersalin adalah untuk membuang air besar. Biasanya akan mengambil masa beberapa hari untuk pulih. Bagi saya, saya mengambil masa seminggu untuk melepaskan hajat.. hehe…

Oren merupakan salah satu makanan yang bagus untuk sistem penghadaman. Makanlah buah oren 1-2 biji dalam sehari. Ia juga bagus untuk menyembuhkan luka. Sayur-sayuran juga penting kerana ia membekalkan serat untuk tubuh kita.

Sayur yang saya ambil semasa dalam pantang adalah sayur sawi, kubis, lobak merah, lobak putih. Kesemua sayur2 tersebut dimasak dengan cara rebus sahaja dan dimakan dengan ikan bilis kicap.

Bagi minuman pula, air suam perlu minum untuk mengekalkan tubuh kita mendapat air yang secukupnya. Air kopi / milo hendaklah diminum dalam keadaan yang masih panas supaya badan kita dapat kehangatan. Maklumlah lepas bersalin badan kita nie sejuk.

Kita boleh makan nasi goreng tapi untuk menggoreng nasi hanya menggunakan minyak yang sangat sedikit sekadar untuk menumis bawang merah,bawang putih dan ikan bilis. Jangan sesekali letak cili padi ye semasa masih dalam pantang, kesian baby takut die tak tahan.

Selepas tumisan dah naik bau masukkan nasi putih, gaul, campurkan dengan sayur sawi, lobak merah untuk sayur-sayuran. Kemudian, taburkan lada hitam, gaul dan letakkan garam secukup rasa.

Itulah serba sedikit pemakanan yang saya amalkan semasa dalam pantang. Yang penting dapatkan rehat yang cukup untuk kesihatan tubuh anda.

Pemakanan Bayi Baru Lahir…

Ramai org kata baby baru lahir nie lapar.. Suh bagi makan nestum seawal usia beberapa hari. Tapi sebenarnya tak… Baby kita x lapar pn sebenarnya. Nak tau x kenapa?

970156_628457233846024_178173390_n

Credit to www.babiesfirstlactation.com

Gambar kat atas dh ternyata jawapannya. Usus baby masih kecil dan tak mampu untuk menerima makanan tambahan lagi. Kesian kan kat baby kita kalau die sakit perut nak membuang.

Jadi, jangan sesekali berikan bayi anda makanan tambahan sebelum usianya mencecah umur 6 bulan. Sabarla ckit, permulaan sahaja rasa mcm susah nak jaga baby nie sbbnya baby dh biasa duk dalam perut, panas,mcm kene peluk 2 yang buat baby kita selesa.

Jadi kita kene sentiasa ade dengan baby kita. Bagi die susu badan, kalau baby tidur lebih dr 2 jam mmg kene kejutkan die ye…

Macam saya untuk pastikan baby saya sentiasa kenyang, maklumlah dh bekerja kan.. Biasanya baby saya akan bangun pkul 12mlm untuk menyusu.. bagila susu bdn anda.. Sebelum anda pergi kerja, susukan baby anda supaya die kenyang dan masih dapat minum susu badan anda.

Balik keje, susukan bayi anda lagi supaya bayi anda sentiasa rasa yang anda sentiasa berada dekat dengan dia.

Untuk ajar baby kita, saya biasaya dalam pkul 7 pg dh start bagi susu formula. Baby kene ajar die waktu minum susu ibu supaya sepeninggalan kita baby x nangis2 sgt…

Mcm 2 la cara sy menjaga ank saya…

Merawat luka bersalin operate..

Salam semua, entry untuk hari nie ialah berkenaan dengan cara2 penjagaan luka bersalin operate.

Bagi yang bersalin normal luka biasanya akan sembuh selepas 2 @ 3 minggu lepas bersalin namun pantang masih perlu diteruskan seperti biasa. Bagi yang bersalin operate, luka pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ini kerana ia melibatkan banyak lapisan yang luka semasa pembedahan.

Menceritakan dari pengalaman saya sendiri, memang luka luaran nampak kering tapi kita masih perlu menjaganya dengan teliti. Bagi saya, saya tidak mandi lebih kurang 2 @ 3 hari kerana khuatir luka akan berair atau berada dalam keadaan basah.

Bagi yang berani saya tgk kat hospital 2 ade je yang dah mandi. Untuk menjaga luka, pastikan selepas mandi keringkan kawasan luka tersebut dengan menggunakan tissue atau kain yang kering. Dunia perubatan kini sudah semakin moden, masa saya operate ari tu, luka saya tidak dijahit atau di stappler seperti cerita2 yang saya dengar.

Luka saya hanya ditampal dengan menggunakan gam dan dibalut. Dengar mcm ngeri kan. Memang ngeri. Luka mcm nie kene jaga betul2 sebab ia akan lebih mudah terbuka. Ingat tak pada entry lepas saya ade kate kene ambil injection untuk cairkan darah? Klik Sini http://http://eilaroy09.blogspot.com/2013/09/pengalaman-berpantang-semasa-bersalin.html 

Saya terserempak dengan kakak yang masuk sekali wad masa bersalin ari 2. Saya tanya ok ke luka. Die kate ari 2 nurse ade datang rumah check luka, die kate luka ade terbuka sikit jadi kene pergi klinik untuk buat dressing. Mcm x percaya kan tapi bersalin operate mmg kene jaga betul2. Luka die terbuka sbb turun naik tangga. Jadi nak buat keje kuat sangat pn tak boleh ye.

Sambung berkenaan dengan penjagaan luka tadi, jangan duduk lame2 sgt sebab luka akan mengalami tekanan masa kita duduk, jadi selepas menyusukan anak, berbaringlah dan anginkan luka supaya cepat kering.

Kadang2 pada luka akan ada keluar lendir / berair, jangan takut kerana lendir / air tersebut merupakan air bisa yang keluar dr kesan pembedahan. Kita cuma perlu lap dan keringkan sahaja kawasan yang tersebut. Jangan sesekali lap luka anda dalam keadaan mengesat kerana bimbang akan terjadi luka lain, jadi lapkan luka anda dengan menekap kawasan yang tersebut sahaja.

Yang paling penting dalam penjagaan luka ialah jangan buat kerja yang berat2 dan pastikan luka sentiasa kering untuk cepat baik.

cesarean_delivery

Khamis, 19 September 2013

Cara merawat Jaundis / Kuning pada baby yang baru lahir

Para ibu bapa yang baru melahirkan anak semestinya risau dengan bayi mereka yang baru lahir. Menjadi perkara biasa apabila bayi yang baru lahir kene sakit kuning nie..

Masa saya baru melahirkan maklumlah bersalin operate nie 2 hari duk hospital sbb dorunk nak pastikan yang Ibu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa2 komplikasi selepas menjalani pembedahan.

Amalan yang biasa dilakukan oleh tok nenek kita dulu suh jemur baby kat cahaya matahari. Tapi jgn la matahari terik 2 pergi jemur baby.. Sian baby 2.. Jemur la bayi anda pada jam 8 hingga 10 pagi 2 ok la.. agak2 dapat dalam 15 minit ke setengah jam ke ok la,,,

Selain dari jemur, boleh berikan bayi anda minum susu kambing fresh. Susu kambing boleh diberikan sebanyak 2 @ 3 kali sehari. Jgn bnyk2 agak2 dalam 2ml menggunakan picagari ubat yang biasa klinik bagi untuk baby. Peringatan jgn cuba rendam dengan air suam atau panas kerana susu tersebut akan mengeluarkan minyak seperti anda memasak susu tersebut.

Jika mata bayi anda ada nampak kuning2, perahkan susu ibu di mangkuk kecil.. xpayah perah banyak2 pn x pe.. Titiskan pada mata bayi anda. Jika boleh lakukan sehingga kuningnya x nampak lagi di mata bayi anda.

Walaupun cara diatas boleh dicuba, namun yang paling penting anda perlu berikan bayi anda susu ibu dengan secukupnya kerana susu ibu ada khasiat yang sangat baik untuk antibodi dan juga perkembangan bayi anda.

Jika bayi anda tidur lama, kejutkan bayi anda untuk menyusukannya. Jangan dibiarkan lama kerana bayi anda akan lapar walaupun dia tidur. Ingat yang penting adalah susu ibu. Apapun ikut nasihat doktor sekiranya penyakit kuning melarat.

Apa yang ditulis diatas sekadar untuk berkongsi ilmu dan petua yang saya lakukan semasa dalam pantang.

Pengalaman Berpantang Semasa Bersalin Operate

 

Bersalin secara operate pada dasarnya memang tak sakit. Memangla tak sakit sebab kene bius separuh badan. Paling kuat pn rasa la pisau mcm berjalan atas perut, doktor tekan2 perut pastu tau2 dengar baby nangis.. Dh selamat melahirkan.

Orang kata kat dalam bilik operate sejuk tapi aku tak… Keluar dari bilik operate badan aku berpeluh2… Bukan biasa-biasa peluhnya hehe… Tapi yang penting baby selamat. Lepas dah transfer masuk wad nurse suruh terus breastfeed baby… Aku pun tercengang mcm mane nak breastfeed baby sedangkan aku masih terbaring kesan dari ubat bius tu membuatkan aku pening.

Nurse pn ajar la mcm mane nak breastfeed baby dengan cara berbaring. Ok my baby sangat cerdik.. Nurse sua je p***** terus die minum dengan pandainya. Malam 2 my baby tak nak tidur dekat tmpt tidur die… Nk pegang.. Letak kejap je nangis da…

Dh dekat kul 12 malam my baby x berhenti nangis mgkn die lapar.. Aku memang x larat nak bangun jadi nurse yang ade memang prihatin, die amik my baby n maybe die bagi susu formula la kot.. Bile aku sedar dekat pkul 3 pg baru die pulangkan my baby kat sblh aku…

Esoknye nurse yang mandikan baby siapkan pki baju sume la sbbnye mmg x larat.. dh dekat tgh hari baru leh aku duduk tapi 2 pn perlahan2 la… x leh jalan lagi coz kepala masa 2 pening lagi..

Tapi so far layanan hospital memang ok la walaupun orang kate hospital kerajaan garang tapi bagi aku ok la layanan dorunk.. Tiap2 hari kene inject untuk cairkan darah effective nye start awal bln 7. Hanya untuk yang bersalin operate sahaja kene amik injection nie.

Semasa dalam pantang memang kene jaga betul2.. Sebabnya aku mengalami mun*** dan pening kepala yang teramat sangat. Tiga hari berturut2 aku mcm 2.. sampai nak breastfeed kan baby pn aku terkulai dah.. memang tak larat giler,,,

Tapi alhamdulillah makin hari kesihatan aku makin pulih.. My hubby banyak membantu dalam menguruskan aku.. check luka, mandikan aku pn die yang tolong mandikan..

Bab pemakanan aku serahkan pada mak aku. Aku makan ikan bilis masak kicap dengan sayuran yang direbus sahaja. Kadang2 ade makan nasi goreng jugak tapi nasi goreng lada hitam je.. huhu..

My baby pn masa tengah pantang sangat2 la memahami… Kalau die tidur pkul 10 ke pkul 9 ke kul 12tgh mlm bgun skali untuk minum susu. Kalau tidur pkul 12 mlm kul 3 @ 4 pagi baru bangun. Alhamdulillah my baby sangat2 memahami.

Sekarang my baby dh pandai tidur.. sgt menyenangkan hati ibu n papa die,,

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU pada kami sekeluarga… Amin…

Rabu, 18 September 2013

Bersalin Operate / Cesarean

Pengalaman mengandung memang menyeronokkan, saat bayi bergerak dalam kandungan memberikan rasa yang sungguh bahagia. Setiap pergerakan anak merangsang diri kita untuk menjaga si kecil dengan penuh kasih sayang.

Bagi diri aku sendiri, walaupun baru sahaja melahirkan anak pertama, aku sudah mula rindu pada pergerakan baby dalam perut.

Cesarean

Untuk pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan anak sulung saya lelaki pada 02.07.2013 pada jam 08.42pm. Menceritakan detik untuk melahirkan, ia merupakan detik yang sangat membahagiakan diri saya. Setiap ibu yang mengandung pasti mahu melahirkan anak yang sihat, selamat dan comel.

Detik kesakitan bermula - 30 Jun 2013, aku sudah mula sakit pada hari ini, rasanya mcm senggugut nak period. Maklumlah kali pertama bersalin, kita pun x tau sakitnya mcm mane. Ajak My Hubby g hospital untuk check. Sampai di hospital, check2 dktr kate baru bukak 1cm, dktr suh balik dulu sbb katenya anak pertama nie lambat sikit nak bukak. Kami pn balikla...

2 Julai 2013

Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Kesakitan yang aku alami makin sakit. Ajak My Hubby g hospital. Sampai hospital kene admit. Kalau ikut due date 03.07.2013. Dah hampir2 dengan due date. Masa kat wad dah siap registration baru dapat katil. Masa 2 dh dekat kul 4 lebih. My Hubby pn balik...

X sampai 5 minit duk kat katil tetiba dengar bunyi 'pop' ah sudah, air ketuban plak pecah. Inform My Hubby suh dtg balik hospital sbb takut tetibe emergency nak bersalin. Dktr inform kene tgu lebih kurang 6 jam. After 6 jam nurse and dktr check lagi. Contraction makin kuat. Tak tahan rasanya. Dah siap check cuma baru bukak 3cm.

Lagi 5 minit pkul 6 ptg, nurse dh call suh masuk labour room. Aku disiapkan untuk ditolak masuk ke labour room. Perasaan masa 2 Tuhan je yang tahu betapa gementarnya hati nie. Bertemankan My Hubby & mak.. Aku ditolak oleh nurse bersama2 mereka.

Masuk ke labour room aku diperiksa oleh dktr. Sakit dh makin kuat tapi sakit untuk melahirkan belum tiba lagi. Jam telah beransur ke pkul 8 mlm. Keadaan di labour room makin kelam kabut apabila alat yang digunakan untuk detect jantung baby x dpt nk detect jantung babyku.

Hatiku x tentu hala dah, Tetiba aku dengar dktr kate call operation room booking.. Dapat confirmation untuk booking operation room, dktr inform dgn aku yang aku kene cesar.. Aku dengan redha dan pasrah aku inform dktr, 'u buat la ape pn yang penting baby saya selamat'. Aku sign beberapa form untuk proses bersalin secara operate.

Sekali lagi aku disiapkan oleh nurse2 pakaian untuk ke bilik pembedahan. My Hubby masih setia menanti di luar dengan mak aku. Aku ditolak keluar oleh nurse untuk dibawa ke wad pembedahan. Aku cuma nampak lampu di sepanjang perjalanan ke bilik pembedahan.

Selalu nampak bilik pembedahan dalam TV je, tapi kali nie betul2 depan mata. Nampakla lampu bulat2 2... hehe.. Dktr bius take over, aku start dibius. Sakitnya bukan kepalang tatkala jarum bius tu dimasukkan. Rasa macam nak lari tapi tak boleh.. hehe..

Lepas kene bius of course la kaki pn start kebas.. Doktor bagi half bius.. Jadi dktr pn start the operation process.. Terasa pisau jalan dekat atas perut... hehe... Bila smpai di pintu rahim doktor tekan2 perut untuk keluarkan baby... Saat baby keluar dari perut aku dengar anakku menangis.. Hibanya hatiku bukan kepalang.. Aku menitiskan air mata kegembiraan yang tak terhingga.

Nurse tunjukkan aku my baby.. My baby senyum kat aku.. Indah sungguh perasaan masa 2.. Nurse bagi aku cium tapi my baby kene mask oksigen yang aku pakai.. Hehe... Dah selamat...

Tepat jam 8.42pm my baby selamat dilahirkan secara cesarean.

Kat bawah nie aku upload sikit gambar my baby... paling latest pakai sweater hijau nak balik kg... Yang pakai baju biru 2 masa umur sebulan lebih,, sekarang nie my baby dh berumur 2 bulan stngah...



Sabtu, 18 Mei 2013

Majlis Batal Air Sembahyang 06.10.2012 (Rumahku)

Selepas usai Majlis Akad Nikah di Masjid, Majlis Batal Air Sembahyang pula mengambil tempat. Rombongan pengantin lelaki dan ahli keluarga berangkat ke rumahku untuk menyempurnakan majlis.

Majlis Batal Air Sembahyang

Tak banyak yang nk diceritakan masa majlis nie.. Gambar sebagai hidangan...

Sambutan diterima dari saudara-mara (Baju kuning nie adik aku)

Senyuman seorang isteri 

Senyuman seorang suami

Salam hormat seorang isteri kepada suami

Ciuman Kasih seorang suami kepada isteri

Menerima Mas Kahwin yang dihadiahkan

Nie la Atok yang aku kata die jatuh... 

Isteri tukang masak merangkap nenek saudara aku..

Nie plak suami nenek yang aku cium kat atas nie...

Usai berjumpa dengan orang kuat didapur.. masa kami nak isi perut...


Selepas selesai majlis batal air sembahyang nie kami g isi perut dulu... huhu... lapa... Sempat jugak mengambik gambar dengan si kecik nie..

Si comel Faiz Dek...

Next Post..... Malam Berinai...

Majlis Akad Nikah 06.10.2012 (Sabtu - Lokasi Masjid Sungai Udang)

Hai readers sume... huhu.. mesti tertunggu2 kan aku update cite pasal majlis aku.. Sory la ye kawan2 lambat2 sesangat nak hapdate... almaklumlah busy... huhu... Skang nie aku terus update ke majlis la ye... huhu...

Sehari sebelum majlis sanak saudara telah ramai berkumpul di rumah aku dan rumah nenek.. Maklumlah anak dan juga cucu pertama nak naik pelamin.. Majlis aku dibuat secara gotong-royong atau orang Jawa kata Rewang.

Petang 2, atok saudara aku yang x berapa nak sihat terjatuh, kami semua dah naik risau sebab atok aku tu baru je operate.. Kami panggil doktor untuk buat 'check-up' sikit. Alhamdulillah nasib baik xde ape2 yang jadi...

Majlis Akad Nikah

Di pagi subuh yang hening aku telah bangun. Aku siapkan diri aku dengan menunaikan Solat Subuh dan Solat sunat supaya majlis aku berjalan dengan lancar.

Pada saat aku disiapkan oleh mak andam aku... Aku cukup gementar,... huhu.. Tema pernikahan aku adalah warna biru.. Pernikahan berlangsung di Masjid. Berikut aku letakkan beberapa gambar utk tatapan semua pada saat majlis pernikahan aku....

My Future Husband (Beberapa minit sebelum bergelar suami)

Senyuman dalam gementar... Hehe...

Jelingan Manis sebelum bergelar isteri... hehe..

Selepas Akad selesai dilafazkan...

Menerima ciuman dari abah...

Terima sayang dari emak yang cover sedih... hehe

Gamber diatas diambil di masjid setelah selesai akad nikah... Lepas nie post pasal Majlis batal air sembahyang yang akan diadakan di rumahku...