Hadiah Kreatif

Jumaat, 20 September 2013

Merawat luka bersalin operate..

Salam semua, entry untuk hari nie ialah berkenaan dengan cara2 penjagaan luka bersalin operate.

Bagi yang bersalin normal luka biasanya akan sembuh selepas 2 @ 3 minggu lepas bersalin namun pantang masih perlu diteruskan seperti biasa. Bagi yang bersalin operate, luka pembedahan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ini kerana ia melibatkan banyak lapisan yang luka semasa pembedahan.

Menceritakan dari pengalaman saya sendiri, memang luka luaran nampak kering tapi kita masih perlu menjaganya dengan teliti. Bagi saya, saya tidak mandi lebih kurang 2 @ 3 hari kerana khuatir luka akan berair atau berada dalam keadaan basah.

Bagi yang berani saya tgk kat hospital 2 ade je yang dah mandi. Untuk menjaga luka, pastikan selepas mandi keringkan kawasan luka tersebut dengan menggunakan tissue atau kain yang kering. Dunia perubatan kini sudah semakin moden, masa saya operate ari tu, luka saya tidak dijahit atau di stappler seperti cerita2 yang saya dengar.

Luka saya hanya ditampal dengan menggunakan gam dan dibalut. Dengar mcm ngeri kan. Memang ngeri. Luka mcm nie kene jaga betul2 sebab ia akan lebih mudah terbuka. Ingat tak pada entry lepas saya ade kate kene ambil injection untuk cairkan darah? Klik Sini http://http://eilaroy09.blogspot.com/2013/09/pengalaman-berpantang-semasa-bersalin.html 

Saya terserempak dengan kakak yang masuk sekali wad masa bersalin ari 2. Saya tanya ok ke luka. Die kate ari 2 nurse ade datang rumah check luka, die kate luka ade terbuka sikit jadi kene pergi klinik untuk buat dressing. Mcm x percaya kan tapi bersalin operate mmg kene jaga betul2. Luka die terbuka sbb turun naik tangga. Jadi nak buat keje kuat sangat pn tak boleh ye.

Sambung berkenaan dengan penjagaan luka tadi, jangan duduk lame2 sgt sebab luka akan mengalami tekanan masa kita duduk, jadi selepas menyusukan anak, berbaringlah dan anginkan luka supaya cepat kering.

Kadang2 pada luka akan ada keluar lendir / berair, jangan takut kerana lendir / air tersebut merupakan air bisa yang keluar dr kesan pembedahan. Kita cuma perlu lap dan keringkan sahaja kawasan yang tersebut. Jangan sesekali lap luka anda dalam keadaan mengesat kerana bimbang akan terjadi luka lain, jadi lapkan luka anda dengan menekap kawasan yang tersebut sahaja.

Yang paling penting dalam penjagaan luka ialah jangan buat kerja yang berat2 dan pastikan luka sentiasa kering untuk cepat baik.

cesarean_delivery

Tiada ulasan:

Catat Ulasan