Hadiah Kreatif

Sabtu, 18 Mei 2013

Majlis Batal Air Sembahyang 06.10.2012 (Rumahku)

Selepas usai Majlis Akad Nikah di Masjid, Majlis Batal Air Sembahyang pula mengambil tempat. Rombongan pengantin lelaki dan ahli keluarga berangkat ke rumahku untuk menyempurnakan majlis.

Majlis Batal Air Sembahyang

Tak banyak yang nk diceritakan masa majlis nie.. Gambar sebagai hidangan...

Sambutan diterima dari saudara-mara (Baju kuning nie adik aku)

Senyuman seorang isteri 

Senyuman seorang suami

Salam hormat seorang isteri kepada suami

Ciuman Kasih seorang suami kepada isteri

Menerima Mas Kahwin yang dihadiahkan

Nie la Atok yang aku kata die jatuh... 

Isteri tukang masak merangkap nenek saudara aku..

Nie plak suami nenek yang aku cium kat atas nie...

Usai berjumpa dengan orang kuat didapur.. masa kami nak isi perut...


Selepas selesai majlis batal air sembahyang nie kami g isi perut dulu... huhu... lapa... Sempat jugak mengambik gambar dengan si kecik nie..

Si comel Faiz Dek...

Next Post..... Malam Berinai...

Majlis Akad Nikah 06.10.2012 (Sabtu - Lokasi Masjid Sungai Udang)

Hai readers sume... huhu.. mesti tertunggu2 kan aku update cite pasal majlis aku.. Sory la ye kawan2 lambat2 sesangat nak hapdate... almaklumlah busy... huhu... Skang nie aku terus update ke majlis la ye... huhu...

Sehari sebelum majlis sanak saudara telah ramai berkumpul di rumah aku dan rumah nenek.. Maklumlah anak dan juga cucu pertama nak naik pelamin.. Majlis aku dibuat secara gotong-royong atau orang Jawa kata Rewang.

Petang 2, atok saudara aku yang x berapa nak sihat terjatuh, kami semua dah naik risau sebab atok aku tu baru je operate.. Kami panggil doktor untuk buat 'check-up' sikit. Alhamdulillah nasib baik xde ape2 yang jadi...

Majlis Akad Nikah

Di pagi subuh yang hening aku telah bangun. Aku siapkan diri aku dengan menunaikan Solat Subuh dan Solat sunat supaya majlis aku berjalan dengan lancar.

Pada saat aku disiapkan oleh mak andam aku... Aku cukup gementar,... huhu.. Tema pernikahan aku adalah warna biru.. Pernikahan berlangsung di Masjid. Berikut aku letakkan beberapa gambar utk tatapan semua pada saat majlis pernikahan aku....

My Future Husband (Beberapa minit sebelum bergelar suami)

Senyuman dalam gementar... Hehe...

Jelingan Manis sebelum bergelar isteri... hehe..

Selepas Akad selesai dilafazkan...

Menerima ciuman dari abah...

Terima sayang dari emak yang cover sedih... hehe

Gamber diatas diambil di masjid setelah selesai akad nikah... Lepas nie post pasal Majlis batal air sembahyang yang akan diadakan di rumahku...