Hadiah Kreatif

Ahad, 30 Oktober 2011

Konvokesyen UiTM Perak ke-75

Alhamdulillah akhirnya selepas 3 tahun setengah berhempas pulas menjadi seorang pelajar telah tiba saat yang ditunggu2... Iaitu majlis konvo... Majlis ini disertai oleh ibu bapaku, my beloved hunny bunny dan juga adik aku... Aku sangat gembira dengan kejayaan yang aku perolehi.. disertai dengan dorongan dan sokongan yang aku dapat dari orang yang paling aku sayangi... My hunny bunny ku banyak membantu dalam aku mengharungi pahit getir semasa aku belajar. Tidak dilupakan juga pak cik aku yang banyak membntu aku dari segi kewangan.. Walaupun banyak dugaan yang harus aku harungi akhirnya aku berjaya tempuhi dengan jayanya.. Alhamdulillah berkat doa dari kedua ibu bapaku dan juga dari papa yang sangat-sangat ibu sayangi akhirnya aku berjaya mendapatkan segulung diploma yang selama ini aku nantikan... Ok kat cnie aku ada nak selitkan sedikit gambar aku semasa majlis konvokesyen itu berlangsung..










Selasa, 18 Oktober 2011

Alhamdulillah

Setelah beberapa lama tidak meg'update' blog nie. Pagi tadi aku baru tgk akaun nuffnang... Alhamdulillah bertambah lagi akaun Nuffnang aku. Walaupun hanya lah ckit tapi bolehlah buat tambah duit poket ye dak... hehe... terima kasih Nuffnang sebab masih sudi untuk menempekkan iklan di blog aku yang tidak sebesar blogger2 otai yang lain contohnya Redmummy, Eyriqazz, YuyuZulaikha... dorunk nie walaupun ada yang masih baru tapi dah cukup femees... hehe... teringin jugak nak jadik mcm dorunk nie... huhu... tapi dengan apa yang ada sekarang pun dah alhamdulillah...

Rabu, 28 September 2011

Kerana sebatang pensil...

Allah menjadikan manusia itu dengan banyak kelebihan. Jadi marilah saksikan gambar yang dihidangkan.













Sumber dari www.yahoo.com

Selasa, 20 September 2011

Terima Kasih Nuffnang

Hai selamat pagi semua.. hari nie dok ada mood jugak lah nak update blog seperti kebiasaannye pagi2 nie selalu check akaun Nuffnang kot2 lah bertambah rezeki kan hikhik... So nak dipendekkan cerita bukaklah akaun Nuffnang niee... wah terkjut eden tgk2 dah beranak dua BE dalam akaun Nuffnang nie... hehe... So disini saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Nuffnang kerana masih sudi memberi BE kepada saya sedangkan saya dah jarang nak update blog nie... Tapi apa pun saya masih sayangkan Blog dan juga Nuffnang.. hehe... Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memilih blog ini sebagai penerima BE... I Love you Nuffnang... hehe... 

Nie ada sedikit gambar dari akaun Nuffnang saya...


Dua dari bawah itu adalah BE terbaru dari Nuffnang...



Isnin, 19 September 2011

Watched Raya Tak Jadi

Hai Alls... Lamenya dah tak update blog nie kan... hehe.... xde mood langsung dah sekarang nie nak update blog... x tau lah kenapa... hmm... Ok lah malas nak panjang-panjangkan cerita sekarang nie aku nak cerita yang Khamis mlm Jumaat hari 2 kita orang g tgk Raya Tak Jadi... Cerita die memang best... Lawak yang spontan dari lakonan Johan dan juga Apek... Merupakan gabungan yang sangat serasi...Lawak semulajadi membuat kan penonton pecah perut gelak... Keadaan panggung malam 2 sungguh 'havoc' apabila tiba saat lawak dilakonkan mereka... 

Marilah ramai-ramai saksikan cerita Raya Tak Jadi di pawagam berhampiran dengan anda...

Sabtu, 10 September 2011

Anugerah dari Nuffnang

Hai readers2 semua...ape cerita hari nie... haha... nie aku nak war2kan satu cerita... Cerita khas untuk Cik Nuffnang kita.. Ye cik Nuffnang yang rajin nak bagi kita BE.... 


Ha... pagi nie saje bukak akaun Nuffnang tapi x terus bukak dekat bahagian earning.. huhu... So g la tgk kat analytics, kat Polls... dah habis jenguk 2... barulah eden g tgk earnings... huhu... bukan main terperanjat eden... tetibe terbiak pulak satu BE baru dari nuffnang... hehe... Hai senangnya dalam hati... Setakat ini.. untuk akaun  Nuffnang asa dua BE yang telah selamat menjadi metered earnings, ada 4 campaign yang telah pun tamat dan ada 3 BE yang sedang menari-nari di blog Journey Of Love ini... hehe...

Terima kasih Nuffnang atas BE yang baru diberikan kepada saya ini... 

Saya akan tingkatkan usaha saya untuk memajukan blog saya supaya ia tertarik untuk dibaca oleh pembaca2 setia blog... Tidak kira lah setia pada blog ini ataupun blog yang lain... hehe//./


Again thanks 2 Nuffnang for the BE... 


~I love Nuffnang~!!!!!~

Jumaat, 9 September 2011

One day counting

Hai readers semua... nie nak cite sikit nie... tinggal lagi satu hari adik aku nak kene g plkn.. Apa korang x tau ke... aduhai... meh sini baca SINI.... Esok last day die ada kat umah... hehe... mcm mane la gamaknya die bile die g plkn kan... hikhik.. dahla x pernah berjauhan dengan emak.. hihi... Cuba baca entry INI.... credit to mamdammondoq.com so... hehe... korang pun dah tau kan kenapa... 

Apa pun... ari 2 adik aku dah terkantoi menangis dengan mak.. hehe... Die kata.. nanti adik x lehla peluk mak 3 bulan pulak 2... hehe... Kalau tgk rupa paras korang pun mesti x caye yang die nie dalam hati ada taman.. huhu... Tapi nak buat mcm mane kan x penah lagi berpisah dengan emak.. huhu... 

Tgk la keadaannye masa 3 bulan di kem plkn nanti.. Apapun... aku happy die dapat plkn... Bukannya apa biar die belajar berdikari sekejap... hehe... 

Rabu, 7 September 2011

Isteri Ganas....

Cerita nie pn besh jugak... Khas untuk para suami yang mempunyai isteri yang "ganas"... hehe... Jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran anda... Raya tahun nie banyak giler cerita besh2 yang kuar,... Makin majulah industri kita sekiranya filem2 yang dikeluarkan berkualiti seperti ini...

Hantu Bonceng

Hai oullss... ha nie nak habaq satu crita nie... sebelum 2 nak tanya hangpa suma la kan... raya ke-2 midnight kamu suma g mana hah... ahaks... baik hangpa cakap yang benar ya... hehe.,,,

Ok lah dah malas nak ngarut panjang2... gini ceritanya... midnight raya ke-2 kami g tgk cerita
HANTU BONCENG,,,  huh.. cerita die mantop siooottt,,,, hehe,,, jalan cerita yang menitik beratkan mengenai komedi dan juga unsur2 keinsafan yang ada diterapkan dalam cerita ini... haish... senang cerita gini la... cerita nie memang the besh ye... memang the besh... sape yang belum tgk sangat2 lah rugi... hehe... Jadi apa lagi sementara cerita ini masih ada di pawagam marilah beramai2 saksikan Filem Hantu Bonceng... Jangan lepaskan peluang ini...

Marilah kita saksikan trailer filem nie sikit ye...

Haaa... dah lepas layan trailer Hantu Bonceng nie lepas nie layan trailer nie plak ye... Raya tak jadi... Nantikan nye di pawagam berhampiran dengan anda...

Selasa, 6 September 2011

Bila blog dah mula bersarang

Assalamualaikum semua readers2 ku... wahhh dah lama sangat x ber'update' blog neyh kan... banyak betul sarang labah-labah... siap bersawang lagik... Aduhai... gara-gara raya kebanyakan blog dah mula bersawang... huhu... semangat aku untuk update blog neyh mula hilang semenjak raya semaik menghampiri... hehe... blog bukak 2 bukak tapi bila tiba nak tekan butang edit 2 Ya Allah... punya lah malas... bila dah tekan nak buat entry apa plak nie ek... haha... itulah yang aku alami semasa mood raya dah datng menyerang aku... huhu... nie baru nak kembali untuk meng'update' blog... dah naik bersawang dah... huh penat nie nak kene bersihkan... hikhik... 

tengoklah betapa sukanya si labah-labah nie bila kita x update blog.... 



Maunya jadik mcm nie blog kita bile dah lama x update... huhu.... 


Picture credit to google.com
Tuk dijadikan tambahan cerita... sebelum raya 2 aku baru dapat satu BE dari nuffnang... BE raya... tapi sekejap je die singgah... hehe... tapi ok la kan dari xde... terima kasih nuffnang kerana telah memberikan aku BE raya... 

Jumaat, 26 Ogos 2011

Great Teacher Onizuka

Seperti yang kita ketahui Great Teacher Onizuka sekarang nie tengah jadi jutawan... hikhik... sape2 yang nak join marilah klik kat SINI ye... Dengan hanya berblog beliau boleh jadi jutawan... Betul ke? mcm x percaya je... And then ada lagi satu surprise yang aku memang tak sangkakan... Great Teacher Onizuka nie bagi aku kad raya weh... huhu... pagi tadi kot baru perasan yang ada kad raya untuk aku... ahaks... well... famous blogger bagi kad raya pada aku blogger yang hanya baru belajar nak berblogging... huhu.. hai senangnya dalam hati... mane tau lepas nie dapat jemputan open house kat umah Eyriqazz pulak... huhu... sory la gambar x sampat nak snap.. dah kelam kabut pegi keje kan... hehe... Anyway thanks 2 Eyriqazz and family... 

Khamis, 25 Ogos 2011

Mood raya is coming...

Hai kengkawan semua... wah lagi berapa hari je lagi nak raya kan... huhu... mesti semua tgh sibuk nak kemas rumah, nak cat rumah benda bagai sume kan... hikhik... Inilah masa yang paling dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia terutama sekali bagi yang beragama Islam kan.. haa. ape lagi... baju raya dah beli belum? kuih raya mcm mane pulak... hikhik...

Mak2 yang kat umah 2 mesti tgh sibuk prepare kuih raya kan.. huhu... Kepada semua rakan2 blogger... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin... * ek batin ade ke... huhu Kepada sesiapa yang balik kampung 2 semoga berhati2... Jangan bawak kenderaan laju2... Ingat orang yang tersayang sedang menunggu kita di kampung...

Selamat Hari Raya semua... Sedih x de kampung... huhu... kampung sebelah rumah jer...

Konvokesyen UiTM Perak...

Hai readers2 semua... especially 2 UiTM perak student... ok hari nie aku nak announce bahawa tarikh rasmi konvokesyen UiTM Perak adalah pada 27 Oktober 2011 bersamaan dengan hari khamis... Makanya hendaklah bersiap dan ber'prepare' untuk 'grad' yeay akhirnya dapat grad... Alhamdulillah... segala usaha yang aku lakukan untuk mendapatkan segulung diploma hampir menjadi kenyataan... Sekarang nie sedang menunggu hari untuk berkonvo dan juga untuk 'BERTUNANG' hehe... 


Untuk sesi aku adalah pada sesi petang.... nampak x perkataan AP114... haa. itu adalah course yang aku amik... Diploma in Quantity Surveying... 

Thanks 2 all the lecturers yang telah bertungkus lumus untuk mendidik kami sehingga kami telah berjaya menamatkan pengajian kami... 

Kepada kawan2 ku kita akan sama2 berjumpa pada majlis konvokesyen ye... jangan lupa 27 Oktober 2011 ye... See ya...



Rabu, 24 Ogos 2011

Bicara hati...

Bila mana hati ini diserahkan 100%, ku tidak kau percayai... 
Bila mana hati ini menyayangimu, ku kau ragui...
Bila mana hati ini tulus ikhlas, kau menidakkan...
Bila mana hati ini mahu berbincang, ku kau biarkan...
Bila mana hati ini sedih, ku kau abaikan sementara...
Bila mana aku diam, kau turut diamkan diri... 
Bila mana aku minta maaf, kau katakan aku tidak bersalah....
Bila mana hati ini merinduimu, kau menyibukkan diri...

Apakah yang hati aku sedang lalui... Menyimpan segala perasaan sendiri... Aku cuba memahami dirimu, keluargamu, keperluanmu, diriku, 

Adakah aku sombong? adakah aku berubah? adakah aku tidak sedar akan keadaan diriku? 

Aku sedar, aku tahu, aku pasrah, aku redha,,, 

Wahai sayangku,,, sayangilah diriku sebagaimana aku menyayangimu... 

Nukilan hati kekasihmu......  



Kasihnya seorang ibu...


Ibu yang melahirkan kita, menyusukan kita, membelai kita di saat kita memerlukan... membantu kita tatkala kita kesusahan... Kasih ibu membawa ke syurga,,, Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila tibanya hari ibu,, Tapi hari ini aku ingin berkongsi cerita dengan sahabat2 semua Pemilik Kau dan Aku baru sahaja kehilangan anak yang tersayang kerana anaknya disahkan menhidap penyakit leukimia... Tabahnya hati seorang ibu apabila melihat anak yang tersayang berselirat dengan wayar yang digunakan untuk memantau kasihatan anaknya.. 

Dengan dugaan yang menimpa dirinya membuatkan ibu ini menjadi seorang ibu yang kuat dan tabah dalam mengharungi apa sahaja dugaan.. Marilah kita sama2 hayati kisah ibu ini dengan anaknya semasa anaknya masih lagi berada di bumi ini...  Cerita ini aku ketahui blogger MZ... Dari situ aku ikuti kisah ibu ini dengan anaknya.. 

Adik Dania Emelda Aqasha.. telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.19ptg 22 August 2011 berusia 2 tahun 7 bulan. 

Hati ibu mana yang tidak sedih tatkala kehilangan anak yang disayangi dan yang paling dinanti. Namun ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Kepada akak Roslinda Hanim diharap sabar dengan dugaan yang terjadi. Semoga pemergiaan Dania memberikan akak lebih kekuatan kerana sudah pastinya adik Dania akan tunggu akak di sana....

Semoga adik Dania tenang di sana... 


Selasa, 23 Ogos 2011

Syieda_Joy 1st GA

Hai readers semua... ok kali nie nak join lagi GA,.. hehe mane tau ade rezeki lagi kan... hikhik... Kali nie join Syida_Joy 1st GA,, hehe... Syarat untuk join GA nie sangat2 senang.. dan sape2 yang berminat silalah join ye... tarikh tutup pn lambat lagi... iaitu 6 September 2011..


Sape2 yang nak join silalah klik di banner tersebur ye,,,

Berikut adalah syarat2 penyertaan GA...


Senang je... marilah ramai2 join ye...




http://shuhaida313.blogspot.com/2011/08/syiedajoy-1st-ga.html

Menang Small Give away Fridge Magnet from Eyriqazz.com

Hai readers semua,.. huhu,,, check inbox email pagi tadi... huhu,.,, berita gembira,, menang Small Giveaway from Eyriqazz.com.,. Alhamdulillah rezeki... yupp details telah pun dihantar,,, menunggu hadiahnya saja sampai,.. hehe... Gambar dibawah adalah fridge magnet yang bakal diperolehi.. ok... Picture credit to www.eyriqazz.com


SEE... nama my hunny bunny kat nombor 2 tue... hikhik... 

Isnin, 22 Ogos 2011

Keajaiban Ciptaan Allah

Marilah kita sama2 renungi dan hayati video ini... Sesungguhnya Allah Maha Besar.... Anak ibarat sehelai kain putih,,, Ibu bapa yang bertanggung jawab mewarnakannya... Jagalah amanah Allah ini sebaik mungkin...


Sabtu, 20 Ogos 2011

Keindahan alam ciptaan Allah

Hai readers semua... Entry untuk hari ini khas untuk pencinta alam seperti aku.. Ok... hari nie aku nak kongsikan gambar dangan readers2 semua mengenai keindahan alam.. Semua gambar ini merupakan ihsan daripada www.google.com  ok marilah kita sama2 hayati gambar2 ini...
















SubhanaAllah... sungguh cantik ciptaan-MU ini... 

" Mari Membebel : KAD RAYA give away limited edition! Jommm join "

Hai readers semua hari nie terasa rajin nak join GA plak.. hehe... disebabkan GA sebelum nie belum lagi bernasib baik... kan.. haaa... skang nie nak try join GA nie plak.. mane tau menang,,, hehe...


Sape yang nak join this GA mari ramai klik pada banner 2 ok....

Makanan raya yang paling aku suka adalah Lontong... haaa. Lontong nie merupakan makanan yang paling tradisional... die selayaknya duduk dengan ketupat daun.,.. Rasa die sangat sedap dan memang mengancem... huhu... enak lagi kalau dimakan bersama dengan kuah kacang, kuah lemak, dan juga rendang daging atau ayam kampung... perghh... memang sedap hingga menjilat sudu... hehe.... dalam bulan puasa nie aku nak mintak maaf kalau buat korang terliur tgk gambar nie...




ha mcm mane... terliur x... huhu....


Jumaat, 19 Ogos 2011

Drama Ramadhan Terakhir

Kini TV3 sedang menyajikan penonton2 mereka dengan slot drama terbaru iaitu Ramadhan Terakhir. Berikut adalah sinopsis bai drama ini.

sinopsis ramadhan terakhir banner

Hashim adalah seorang lelaki yang kurang berpengetahuan  mengenai di akhirat telah sedar apabila dia telah di diagnosis dan menghidap kanser peringkat 3. Beliau memutuskan untuk menyimpan rahsia daripada keluarganya mengenai penyakit beliau. Dia cuba untuk membimbing keluarganya,namun keluarga meraka terlalu asyik dengan perkara-perkara duniawi, mereka tidak peduli tentang menjadi seorang Muslim yang baik. Satu hari, dia membawa masuk Sakinah, anak perempuan kekasihnya lalu, ke rumahnya. Pada mulanya, keluarganya tidak suka kepada idea itu. Mary seorang yang bebas bergaul dengan dunia luar sehingga mengabaikan tanggungjawab dan juga kasih sayang terhadap keluarga. Sakinah mencuba sedaya upaya untuk mengubah keluarganya kepada yang lebih baik.Tetapi adakah dia akan berjaya? Adakah Hashim akan dapat melihat keluarganya kembali pada jalan yang lurus iaitu jalan kepada Allah?

Marilah kita sama2 menonton drama ini di TV3 jam 10.30 mlm... dari hari selasa hingga Khamis..


kalau x sempat nak tgk live kat tv leh pergi ke www.tonton.com.my



Khamis, 18 Ogos 2011

Sepi di hari tua

Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda sudah tidak diperlukan oleh anak2 anda? Disaat anak2 anda sedag mengecapi bahagia tiba2 anda berada disitu lantas anak2 anda merasakan suatu bebanan bagi mereka. Seperti yang selalu dipaparkan di drama tv di filem banyak mengisahkan ibu bapa mereka akan dihantar ke pusat jagaan warga emas. Pernahkan anda bayangkan ini semua. Di waktu kecil tangan merekalah yang membelai kamu, yang menyusukan mu, yang memandikan mu dan yang paling bahagia adalah disaat mereka memberikan kasih sayang mereka kepada kamu.

Bilamana kita sudah dewasa, sudah pandai mencari duit sendiri, sudah punya kehidupan sendiri, kita leka, kita alpa, kita hanyut dalam mengejar itu semua. Ini berdasarkan pengalaman yang saya tempuhi ketika menjalani PLKN. Ikuti kisah ini.

Hari ini *tidak ingat bila tarikh sebenar tetapi pada tahun 2007* kami satu kumpulan ditugaskan untuk ke perumahan warga tua di Tawau. Sesampinya kami di sana kami diberi taklimat oleh pengerusi di sana. Selesai mendengar taklimat kami dibahagikan kepada beberpa kumpulan kecil. Dalam kumpulan masing-masing kami melangkah menuju ke tampat yang telah ditetapkan. apabila tiba di bahagian tersebut kami memulakan aktiviti pertama kami iaitu pembantu di sana memperkenalkan kami dengan warga emas di sana.

Selepas sesi itu selesai kami semua berpakat untuk mengemas bilik2 yang berada di kawasan yang diarahkan kami pergi. Kami membersihkan bilik2 tersebut dengan mengelap tingkap, menyapu lantai, dan kerja2 yang berkaitan dengan pembersihan. Selepas selesai kami berehat sebentar menunggu masa makan mereka.

Kami diberi peluang untuk memberi/ menyuap makanan kepada mereka. Aku pun turut terlibat dengan aktiviti itu. Semasa menyuap makanan ke mulut mereka aku hampir menitiskan air mata.Namun ku tahan kerana tidak mahu mereka nampak aku bersedih. Usai memberi makan, Aku bertanyakan kepada pekerja di situ.

Aku : Siapa yang palinglama disini?

Pembantu : Ada seorang pak cik ni.. Lebih kurang 30 tahun lebih dah kat sini.

Aku: Anak2 die ada datang melawat tak?

Pembantu: Sekali pun tak pernah. Lepas mereka hantar mereka terus pulang dan tidak lagi datang menjenguk ibu bapa mereka.

Aku : Terdiam tanpa kata...................

Begitulah pengalaman yang aku lalui tatkala aku berkunjung ke sana. Sedarlah bahawa kita juga akan mengalami hari tua.. Janganlah sesekali kita melupakan ibu bapa kita.




Sanggupkah anda membiarkan mereka kesunyian??

Picture: credit to Google.com