Hadiah Kreatif

Sabtu, 30 Julai 2011

**GIVEAWAY** Koleksi Beg Tangan Hana

Hai readers sume... ok hari nie aku nak join satu guve away yang dianjurkan oleh KoleksiBegTanganHana....  Kepada sesiapa yang berminat boleh join sebabnya closing date lambat lagi iaitu 15/08/2011... So cepat-cepatlah join this GA sementara masih boleh join hehe.,,,


Sapa-sapa yang berminat boleh klik pada url di atas ye...

Cepat sebelum terlambat
INGAT!!! 
15/08/2011
TARIKH AKHIR UNTUK ANDA DAFTARKAN DIRI UNTUK GA NIE


Nuffnang oh Nuffnang....

hai readers semua,,, ari nie entry kita pasal Nuffnang jap ye... Ok la.. ari 2 aku ada bgtau kan yang aku baru je dapat satu BE dr Nuffnang kan... okla sebenarnye bile aku blogwalking kan... tgk blog2 yang lain dapat ME la... mcm2 lagi lah... aish jelas ak rasanya,,, ehe... bile lah aku berpeluang untuk dapat jenis2 earning nuffnang yang lain2 ye.. hehe... Kepada Nuffnang marilah pilih blog untuk untuk meletakkan iklan2 anda... hehe./... promote blog sendiri plak ek... hehe//// 

Jumaat, 29 Julai 2011

Tahniah Malaysia

Kepada pasukan Malaysia tahinah kerana telah menyempurnakan tugas yang diberi dengan sebaiknya. Walaupun kita tewas di tangan Singapura namun pasukan Malaysia menang dihati peminat semua. Yang sekarang nie pasukan Malaysia jangan menyerah kalah dan terus tingkatkan usaha untuk memberikan satu kejutan kepada Penyokong-penyokong anda. 28 JULAI 2011 menjadi hari sejarah buat Malaysia dimana Malaysia telah berjaya memasuki pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014. Ia merupakan satu keputusan yang sangat membanggakan anak watan. Malaysia I Love You... Thanks and love Malaysia,... 

Malaysia tetap di hati

Khamis, 28 Julai 2011

Buffered Earning from Nuffnang

Hai alls,... Nie nak buat satu entry khas untuk Nuffnang... haha... rasa makin sayang kat Nuffnang nie tau sebabnya... Nuffnang dh bagi saya satu BE yang bakal jadik habuan unutk aku... hehe... Walaupun hanya ada satu tapi dh sesangat happy ini kerana ada jugak Advertiser yang minat ngan blog aku nih... hehe... Ok la... Love u Nuffnang!!!!

BE DARI NUFFNANG

Ramadhan bulan yang diberkati

Salam readers semua... Bulan ramadhan hampir menjelang... Adakah kita sebagai umatNya telah bersedia untuk menunaikan perintahNya. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri bagi menginsafi segala kelemahan dlam diri kita. Di bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama melakukan amal ibadah yang dituntut oleh Allah samada wajib mahupun sunat. Ingatlah bahawa bulan Ramadhan ini bulan yang barakah. Jangan melakukan pembaziran, kawal nafsu dan apa sahaja yang dilarang, semoga Ramadhan ini mendapat barakah dariNya.. Amin... 


BEN ASHAARI CARI BLOG...CEPAT!

Malaysia Vs Singapura 8.30 mlm di TV2.

Kepada pemain-pemain Malaysia semoga kejayaan akan berpihak pada kita dan melangkah dengan gagah ke peringkat seterusnya. Diharap perlawanan pada malam ini akan berlangsung dengan baik dan terkawal. Kepada peminat Malaysia, marilah kita beramai-ramai menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura pada jam 8.30 mlm di TV2 atau saksikan live di Stadium Nasional Bukit Jalil mlm ini. Kepada mereka yang telah membeli tiket diharap rancang perjalanan anda dengan teliti supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Go Malaysia Go!~!!! Jika Kau Fikirkan Kau Boleh...!!! Wah kalau pasang lagu nie kompom naik semangat kesukanan Malaysia... 

Rabu, 27 Julai 2011

Saga FL

Uish korang sume nak tau x nie skang nie ngah hangat pasal Saga FL nie smpi aku nie pn dah tersuka plak kat Saga FL nie... huhu design die ok ... camtik... mata*lampu depan die tajam menikam ke kalbu... haha... ok la nie ada sikit gambar Saga FL... Take a look ok.. credit to www.proton.com.my 




Top Commentator Award from Redmummy.com

hai alls... today aku tela tersenarai di blog kak red and telah diberi award iaitu Top Commentator Award for this week at redmummy.com. So this is the proof..

see the logo sebelah nama eilaroy09 tu x? ahaks.. Top Commentator Award. huhu I like... 

to redmummy nice reading your blog.. i pn ada baca blog u yang lama... hehe... nice story... 


Malaysia Vs Singapura II

Hai readers sume... Ok seperti yang kamu semua sedia maklum, Malaysia akan berdepan dengan Singapura untuk perlawanan timbal balik untuk kelayakan Piala Dunia 2014. Dengar khabar ramai fans Malaysia mintak Dato' k Rajagobal suh Kahirul Fahmi jadi keeper on the next game... Nak tau betul atau x kene la tgu esok ye.. Kul 8.30 malam di TV2 atau sesiapa yang dh beli tiket 2 g la awal2 coz kompom traffic jam... Rancanglah perjalanan anda dengan sebaiknya...

Malaysia Vs Singapura
Sama-samalah kita memberi sokongan kepada Malaysia semoga Malaysia layak ke pusingan seterusnya.

Wordless Wednesday 1#

Hai readers semua... hari nie ak x shat la... so no mood... mc pn dapat 1 hari je,,, hari nie dh keje lik... 

Selasa, 26 Julai 2011

My wishlist

Teringin plak rasanya nak buat wishlist. Ok la kengkawan sume nie wishlist aku...

My Wishlist:

1) toshiba netbook
2) Camera Canon *kalau boleh nak dapat cepat coz nak konvo mbe oktober nie...
3) Hp Sony xperia X8/X10... ehee sape nak bagi aku amik je...

Rasanya buat masa nie je kot wishlist aku... Sape la yang nak bagi kan... hehe....

Apa itu Nuffnang??

Nuffnang merupakan 'blog advertising community'.Ramai bloggers telah menyertai Nuffnang jumlahnya hampir mencecah 180,000 pemilik blog dan iklan yang disiarkan dilihat lebih dari 8juta orang setiap hari. 

Jadi dengan mukadimah aku yang kat atas nie kepada bloggars yang belum mendapat earning dari nuffnang silalah bersabar ye.. Pihah Nuffnang sentiasa bekerja bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik kepada pemilik iklan untuk mengesyorkan kepada mereka blog mana yang terbaik dan yang paling tinggi sambutan. Oleh itu jangan salahkan Nuffnang kerana mereka perlu meneliti lebih dari 180,000 blog untuk membuat keputusan yang betul. Ini bagi mengelakkan pihak pengiklan mengalami kerugian kerana mereka telah mengeluarkan belanja yang besar untuk menyewa tapak iklan di blog kita.

Nuffnang our blogger community

Isnin, 25 Julai 2011

Pelawat kehormat!!!

Huhu hai readers sume... ak tgk nuff ak... saje la kan tgk... nak tau x sape yang datng check out my blog... haha.. mestilah inspirasi dan idolaku kak red... huhu... dh 2 kali kak red datang kat blog aku nie... hehe... kebetulan jugak birthday kami berdua sama... hehe... 

x pecaya tgk la gambar nie... 

kak red datang...



Ingat lagi entry pasal cawan......

Ok entry nie sambungan untuk entry cawan...... yang penah aku cerita suatu masa dahulu... ok yang entry dulu 2 aku cuma tunjuk gambar je kan.. skang nie ak nak tunjuk hasil daripada tempahan yang kami buat 2...



ok ini adalah hasil yang kami perolehi... My hunny bunny ku ada satu dan aku pn ada satu jugak... 


Cincin pertama dari My Hunny Bunny

Hai sume readers... ok hari nie aku nak cite pasal cincin yang my hunny bunny ku bagi kat aku.. Entry nie sebenarnya dh terlambat dari tarikh yang sepatutnya... tapi x kisahla janji leh kongsi ngan korang sume.,.. Cincin nie my hunny bunny ku bagi time betul2 aku habis belajar... waahhh seronoknya rasa... hehe...cincin nie tersangat lah cantik dan menarik di hatiku,... pandai my hunny bunny ku pilih... muax muax... tyg papa.. thanks papa coz hadiahkan ibu cincin yang sangat bernilai di hati ibu...

Cincin 'pertunanganku'

bentuk di cincin tersebut ada love di tengah-tengah. kemudian di kiri dan kanan terdapat corak melingkar yang cantik dan kemas. Cincin ini dibeli di Poh Kong... Thanks Poh Kong for a nice and simple design...

Ahad, 24 Julai 2011

Malaysia Vs Singapura

Malam tadi jam 7.15 mlm bermulalah pertarungan antara Malaysia dan Singapura untuk sesi kelayakan piala dunia pusingan 2.. Alhamdulillah Malaysia telah berjaya menjaringkan 3 gol berbalas 5. Walaupun pada mulanya Malaysia telah ketinggalan 4-1 namun mereka tidak pernah kenal erti putus asa,,,, Makanya wujudlah lagi 2 jaringan dalam masa tidak kurang dari 2 minit. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Dengan berbekalkan 3 gol di tempat lawan InsyaAllah ada kemungkinan kita akan dapat menempah tempat ke peringkat yang seterusnya. Rakyat Malaysia marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan pasukan Malaysia dalam menentang Singapura di Kuala Lumpur. Moga ada keputusan yang baik menanti kita.. Tahniah Malaysia... Semoga berjaya di masa akan datang... Nie baru dikatakan Harimau Malaya...

Sabtu, 23 Julai 2011

heartbeat.my

Hai sume... korang sume mesti tertanya2 kan apa lah heartbeat 2 kan... Ok nie ak nak bagi tau sikit la..heartbet nie merupakan satu site dimana korang semua boleh cari hadiah more to cenderamata untuk diri korang sendiri ataupun untuk orang lain... harga yang ditawarkan murah dan berpatutan dengan kualiti yang diberikan.. Ok nie ada sikit testimoni dari heartbeat.my...


Klik pada iklan heartbeat untuk ketahui lebih lanjut....

My Life with my Partner

Jumaat, 22 Julai 2011

ANNISSA!!!

Sudah tamatnya riwayat cerita Annissa yang disiarkan di tv3... Cerita nie bagus sangat2 coz ia boleh memberi apa itu makna persahabatan. Cerita ini boleh dijadikan teladan untuk setipa golongan manusia. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan.. Ok untuk cerita nie aka bagi 5 stars coz aku minat sangat dengan cerita ini.. Kalau boleh nak request tv3 buat 'ulang tayang' hakhak ulang tayang lah plak. Kalau ada ulang tayang bestnye.... Okla tahniah kepada krew yang telah menjayakan penggambaran drama ini... Gud luck... Lain kali kuarkan cerita yang mcm ini lah bagus... hehe/... Thanks and love to the director and all the crew members...

Result Malaysia Vs Chelsea

Ok dh tgk kan Chelsea Vs Malaysia.. So resultnye 1-0... Pertahanan yang baik untuk pasukan Malaysia... Well done... apepun tahniah pada pasukan Malaysia yang telah 'bertempur' dengan semangat juang yang tinggi... Tahniah Malaysia/... Love u Malaysia... Thanks and love

Rabu, 20 Julai 2011

Happy Birthday!!!

to my hunny bunny... Happy Birthday 2 you... Semoga hubungan kita akan bertambah bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat... Setiap apa yang berlaku dalm perhubungan kita membuatkan hubungan kita bertambah erat. To papa... I love You so Much... Muaaahh... Tyg papa...

Henpon Canggih!!!!!

Korang yang suka ngan gadget nie mesti sentiasa mencari gadget yang terbaru untuk korang kan... Ok nie ak ada satu henpon alaf baru tuk korang...





Promosi!!!Promosi!!!!

Ok hari nie aku ada promosi untuk korang sume.... Ok aku nak promote kat korang pasal aksesori kereta.. Buat masa nie stock yang aku ada ialah dadu... untuk digantung pada kereta, kat bilik korang pn boleh jugak... Ok nie aku ada contoh... so korang boleh la tgk... Kalau berminat boleh tempah ok... nak tempah leh direct email aku eila_boy07@yahoo.com.. atau tinggalkan komen kat post nie ok... Jangan malu2... nak tanya dulu pn boleh.....


nie adalah contoh dadu tu.. Ok warna nie datang dengan pelbagai... ungu,biru,putih,hitam... Tapi warna2 tersebut bergantung pada stock yang kami ada...






Selasa, 19 Julai 2011

Bulan Ramadhan menjelang

Hai readers semua, seperti yang kita ketahui bulan ramadhan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Oleh itu marilah kita bersama-sama melaksanakan ibadah yang diperintah oleh Allah s.w.t. Moga-moga kita sebagai umatnya dapat menjalani ibadah ini dengan selancarnya.. Amin...

Slot Samarinda TV3 -Anissa-

Ok cerita nie ak start tgk time dh pertengahan jugakla...So aku decide nak tgk cite nie dari awal sebabnya cerita die best.. Ok nie adala sikit sinopsis cerita ini ok...

Sinopsis Drama ANISSA

Atas dasar kepercayaan, empat (4) wanita yang sudah berkenalan sejak zaman di kolej telah membina sebauh empayar perniagaan iaitu Anissa Corporation. Mereka semua telah berjanji supaya jujur antara satu sama lain. Namun itu semua tidak bertahan lama kerana persahabatan mereka telah mula goyah apabila timbulnya syak wasangka.

Pelakon yang ditampilkan adalah Anna(Fiza Elite), Balkis(Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya). Dengan gandingan mereka berempat mereka telah memperbesarkan empayar perniagaan mereka.

Memasuki tahun ke lima, Empayar perniagaan mereka telah kukuh namun masalah peribadi yang terjadi menyebabkan Anissa Corporation mula goyah.
Anna mengesyaki suaminya ada berkahwin lain dan mengambil tindakan untuk menyiasat siapakah isteri kedua Farid(Zamarul Hisyam).

Balkis merupakan sahabat yang paling disayangi Anna namun Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid. Namun mereka pandai menyimpan rahsia dengan menjadikan Kamal(Eizlan Yusof) sebagai kekasihnya. Apabila Balkis didapati mengandung mereka telah mengupah Imran berlakon sebagai suami Balkis.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri kerana dia telah disahkan menghidap penyakit kanser tahap 3. Oleh kerana Sara selalu mendiamkan diri maka Anna mengesyaki Sara telah mengahwini Farid. Namun apabila Kamal telah mengahwini Sara maka Anna menyedari kesilapannya dengan mempersalahkan Sara selama ini.

Shila telah dapat mengetahui hubungan Balkis dan Farid namun dia tidak sanggup untuk memberitahu Anna kerana Shila juga masih diburu rasa bersalah. Bagaimanakah Anna menghadapi segala pengkhianatan yang telah dilakukan oleh rakan karib yang Anna telah anggap sebagai adik-beradik? Mampukah dia?

Persoalan ini akan terjawab dengan menonton Drama Anissa jam 10.30malam di TV3.

Chelsea Vs Malaysia

Hai readers semua.. ok kali nie aku nak cerita pasal Chelsea plak ok... Selepas Liverpool menentang Malaysia kali ini tiba giliran Chelsea menentang Malaysia. Jelajah kali ini memberi impak yang besar dalam industri sukan kita. Ini membuktikan bahawa industri sukan kita masih manatap dan berada di tempat yang sepatutnya mereka berada sekarang.


Oleh itu, dalam Siri Lawatan Ke Asia Chelsea dijadualkan menentang Malaysia pada 21 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Siri ini.

Kali terakhir Chelsea menentang Malaysia ialah pada tahun 2008.


nantikan kemunculan Chelsea Vs Malaysia


Isnin, 18 Julai 2011

Malaysia Vs Liverpool

Hai readers, kehangatan perlawan bola sepak antara Malaysia dan Liverpool FC masih terasa walaupun ia telah berlalu. Dengan keputusan 3-6 dan kemenangan memihak kepada pihak lawan namun Malaysia tidak pernah berputus asa dengan mencuba untuk mendapatkan jaringan untuk peminat2 bola sepak Malaysia. 3-6 merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan keran sekurang-kurangnya kita ada la jugak gol bukan lah telur ayam. So, tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah bertungkus lumus dengan menunjukkan aksi sangat memberangsangkan. So sekarang ini kita nantikan pula perlawanan Malaysia dan Singapura. Sape menang ek??? oh oh... Konfom lah Malaysia oh Tanah Airku yang menang kan...!!!!!!!!!!!!!!! Chaiyok2!!!...


Malaysia Boleh!!!!


Ingin jadi seperti Kak Red

hai bloggers and readers sekalian.. Bila dh masuk dunia berblogging nie mcm2 benda kita boleh belajar kan... Ok semenjak saya menceburi dunia blogging nie first blog yg saya baca adalah blog lecturer saya iaitu PHD lilawati.blogspot.com... cuba la korang baca dan hayati blog nie... kompem korang yang tengah belajar 2 akan dapat semangat untuk teruskan belajar... Ok next blog yg aku lawati adalah redmummy.com... Masa nie redmummy dh tukar ke blog baru... Bila aku baca blog nie ak sangat tertarik dan ak bc blog lama die... Semangat kak red untuk menceburi dunia blog ini sangat2 membara. So, hayatilah blog kak red untuk mencontohi semangatnya...

Khamis, 14 Julai 2011

Love Nuffnang!!!!!!!

hai semua readers2 ku.... Haha walaupun birthday ak dh lepas tiga hari tapi ada surprise dari nuffnang... hehe...

Nie la sebahagian daripada email yang nuffnang hantar...



Nuffnang Email





hehe... mula2 mcm x percaya tapi aku tpon la nuffnang nye office. The best la memang betol.... haha.... lucky2.... Ape pn Thanks 2 Nuffnang... Love Nuffnang... hehe...

Ok la dh abis merepek merapu meraban... nak sambung buat keje plak ye... K...
bye!!bye!!!bye!!!

Rabu, 13 Julai 2011

Macam Kl Gengster lah plak TAPI........

hai readers sume.. Hari nie ak ada satu cerita yang menarik. Ok macam nie la aku kan baru dapat keje.. pastu bos ak ada keluarkan arahan supaya 'punch card' setiap kali aku masuk ambik 'punch card' bwk masuk ofis, kemudian aku mengikut arahan yang diberikan oleh bos aku. Ok skang nie yang ak heran, pelik dan aku sendiri terpinga-pinga ialah... Sila baca sms yang dihantar kan oleh pengawal kepada ak... *Punch Card sebelum ini diletakkan dalam pondok pengawal.*

1) mesej pengawal kepada aku :
cakap ng benar dn jujur, masa aku terlalap tdi sape surh ko ambe panch kd tdi?

2) mesej aku kepada pengawal :
Ah Chong yang suruh.. dari semalam lagi.

3) mesej pengawal tu balas :
Ae awek saya bkn nk ugut ko smpi nk bg tau ok!ko tahu npa kilang ni ada jga besenjata,a....nti lau ahlong datang nk rosakkn brang2 kilang,ko mnta tlong lah kt aliong dn pakwie ko ya ok lah

4) mesej yang aku balas :
yg pasal senjata ak xtau apa2..Yg punch card 2 mr chong suruh ak amik smlm... jd ak amik hr ini... td die mintak jd ak tunjuk.. Kalau pasal senjata kaw sndiri bincang dgn mr chong k...

5) pengawal 2 balas balik : k..

Kemudian pengawal 2 ada hantar mesej lagi kat aku. die kata Nerakah jahanam tmpat owg2 penipu tau awk...

Aku dah malas nak gaduh-gaduh nie... Aku foward kan mesej nie kat my hunny bunny ku.. Tgk la balik nti die cakap apa kata aku. Kalau korang la ada kat tempat aku sekarang nie kan... Korang bengang x? hhmmm ak dah tension kot...

Sape die tuk tentukan aku masuk neraka jahanam? Hanya Allah S.W.T sahaja yang layak tentukan kedudukab seorang hamba disisi-Nya. Cuba korang komen ckit and bagi lah pandangan apa yang patut pasal benda nie... Aku dh malas nak pkir....,

Isnin, 11 Julai 2011

Duhai hati..

Hari ini merupakan hari kegembiraan ku tapi kenapa air mata aku ini tidak henti-henti mengalir... Apa salah yang aku dah buat... Setiap orang punya kelebihan tapi kenapa apabila orang yang punya kebolehan sahaja yang dapat menikmati kegembiraan. Aku adakah aku tidak berhak mendapat kegembiraan yang sempurna. Hanya Tuhan saja yang tahu. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Ya mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Ya Allah Ya Tuhanku.. Tenangkan lah hati hambaMu ini. Amin....

Happy Birthday to me...

Nothing much to say... mouth zip... Semalam pak cik sedara aku baru kembali ke rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sabtu, 9 Julai 2011

Rindu...

My hunny Bunny ku balik kampung... hmm... Rindula kat die... Tapi die ada belikan aku benang bulu kambing untuk aku mengait.. Hehe jadi bolehla aku buat crochet lagi... Balik nie nanti aku ingat nak buat lapik meja empat segi untuk kegunaan raya nanti,,, So tgu je la k update pasal crochet nie nanti k... BYe..!!!!!

Doily Crochet

Hai sume, nak bagi tau nie... Aku dah siapkan doily crochet ak... kalau korang nak tgk tgu isnin nie k... Aku akan upload gambar untuk tontonan kamu semua... wait ha...!!!!

Contoh crochet
Kat ats tu contoh je,,,, so kalau nak tgk yang original ak buat leh tgk isnin nie k... Bye.................

Jumaat, 8 Julai 2011

Seni Mengait (Crochet)

Pernahkah anda terdengan seni mengait. Seni kait amat popular sehingga kini. But masa ini saya masih lagi dalam proses untuk menyiapkan satu crochet saya. Ok di sini saya ingin terangkan sikit apa maksud crochet.
Mengait (crochet) adalah satu proses membuat kain atau corak daripada benang bulu kambing atau lebih dikenali dengan panggilan yarn. Corak ini dihasilkan dengan menggunakan cangkuk khas yang dibuat dengan menggunakan logam, kayu atau plastik yang dihasilkan secara komersial oleh tukang pembuat cangkuk tersebut.

Cangkuk @ Hook

Gambar diatas adalah contoh cangkuk ataupun hook  yang boleh digunakan untuk mengait. Jadi anda bolehla memilih cangkuk yang sesuai dengan anda.Pastikan anda tidak memilih salah cangkuk ini kerana ia akan membuatkan anda tidak selesa semasa mengait.

Perkataan Crochet ini juga berasal daripada perkataan perancis yang digan pakai sampai sekarang.

Semester 6

Hai sume... Ok hari ini saya akan ceritakan apa yang perlu dilakukan oleh pelajar QS semester 6. Semasa di semester 6 pelajar akan didehakan dengan perkara yang berkaitan dengan post-contract stage. Bagi peringkat ini pelajar dikendaki mengambil 7 subjek iaitu:

Subjek                                                                                 Exam
1) Measurement of Construction Works V                             YES
2) Construction Technology V                                                YES
3) Professional Practice II                                                       YES
4) Measurement of Civil Engineering                                        YES
5) Project                                                                                NO (FINAL PRESENTATION)
6) Construction Economics                                                      YES
7) Project Management                                                            YES

Ok semasa di semester ini, pelajar akan didedahkan dengan keadaan kerja yang banyak dan memerlukan untuk pengorbanan yang banyak oleh pelajar. Oleh itu pelajar perlu bersedia dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab masing-masing.

Selamat menjalani pengajian didalam Kursus Diploma Ukur Bahan..

Saya sh tamat... Yaaaayyyy...................... :-) :-)


Khamis, 7 Julai 2011

Semester 5 (cont'd)

Ok entry semalam merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum manghadiri latihan praktikal. Semasa latihan praktikal pelajar akan diberi tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pensyarah datang membuat penilaian terhadap latihan praktikal. Antara tugasan yang diberikan adalah:


a) Menulis buku log


Anda perlu merekod setiap aktiviti yang anda lakukan secara harian. Ini supaya pensyarah dapat mengetahui tugasan yang telah diberikan kepada pelajar. Kadang kala ada tugasan yang diberi oleh firma dan juga kontraktor belum lagi di ajar oleh pensyarah. Oleh itu, mencatat aktiviti harian pada buku log adalah sangat penting. Jika tertinggal menulis satu hari aktiviti anda, anda mungkin akan mengalami kesukaran dalam mengingati aktiviti yang telah anda lakukan.

b) Report A
    
Report A biasanya mengenai pre and post contract. Bagi mereka yang menjalani latihan praktik di Syarikat konsultan QS mereka biasanya akan membuat report berkenaan dengan pre-contract. Dan sebaliknya bagi mereka yang membuat praktikal di Sayrikat Kontraktor. Mereka akan membuat report post-contract. 


c) Report B 
    
Report B biasanaya lebih kepada hal-hal berkaitan denganm kontrak dan juga menegenai harga-harga terkini bahan binaan, jentera dan sebagainya. Pelajar perlu menjadi seorang yang aktif. Bermaksud pelajar perlu sentiasa alert  dengan harga pasaran yang kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Oleh itu, pelajar perlu efisien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. 


d) Elemental Cost Analysis (ECA)


ECA perlu dilakukan oleh pelajar. Ini bagi melihat kemampuan pelajar dalam membahagikan harga kontrak yang telah dinyatakan mengikut elemen-elemen dalam bangunan tersebut. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang sangat penting sebagai seorang QS. Ini kerana biasanya, pelanggan atau Klien akan sentiasa bertanyakan menganai ke mana duit mereka disalurkan dan bahagian mana yang paling banyak duit klien digunakan. 


Apa yang telah dinyatakan di atas hanyalah dari segi pengalaman saya semasa menjalani latihan praktikal. Jika ada sebarang percanggahan itu semua bergantung pada pihak Universiti dan Kolej masing-masing. 

Rabu, 6 Julai 2011

Semester 5

Salam semua. Hari ini saya akan kongsi dengan readers mengenai sambungan untuk kurus Ukur Bahan. Bagi semester 5 pelajar Ukur Bahan akan menjalani latihan praktikal di tempat praktikal yang diberikan oleh pensyarah atau pilihan sendiri. Oleh itu pelajar perlu menghadiri beberapa perjumpaan bersama dengan pensyarah supaya segala masalah yang dihadapi oleh pelajar akan dapat diselesaikan.

Yang pertama.
Pelajar akan berjumpa dengan pensyarah semasa di awal semester 4 iaitu Preliminary Briefing. Di dalam briefing ini pelajar akan diberitahu mengenai tatacara briefing tersebut akan diadakan. Oleh itu, setiap pelajar wajib untuk menghadiri Preliminary Briefing tersebut.

Yang Kedua
Pelajar perlu menghadiri kursus Kad Hijau anjuran CIDB. Kad ini membolehkan pelajar memasuki tapak bina. Jika tiada kad hijau ini, pelajar dilarang sama sekali untuk memasuki tapak bina.

Yang Ketiga
Pelajar akan diberi taklimat mengenai tempat-tempat latihan praktikal yang bakal pelajar-pelajar pilih. Pelajar akan di beri beberapa pilihan menganai tempat praktikal.

Yang keempat
Selepas pilihan di buat, pelajar perlu menunggu keputusan penempatan tempat praktikal apabila pensyarah telah mendapat jawapan daripada syarikat yang dipilah oleh pelajar.

Yang Kelima
Perjumpaan terakhir akan diadakan selepas pelajar tamat exam pada akhir semester 4 nanti. Oleh itu, pelajar dikehendaki merancang masa balik mereka dengan betul supaya tidak bercanggah dengan tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar dikehendaki menandatangani surat perjanjian dengan pihak Universiti ataupun Kolej.

Akhir sekali pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menjalani latihan praktikal. 





Selasa, 5 Julai 2011

Tahniah kepada kawan-kawan

Assalamualaikum semua... ok kat sini saya nak ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada kawan-kawan yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan (AP 224). Moga-moga kamu semua dapat menghadapi segala cabaran dalam pelajaran dengan tenang dan berdaya saing. Kepada sesiapa yang dapat kat Perak tu tahniah jugak sebab kita telah dilahirkan oleh Pensyarah-pensyarah yang berkaliber dan yang sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik kita. 

So I wish u all luck!!!! Selamat Belajar.