Hadiah Kreatif

Selasa, 28 Jun 2011

Semester 4

Ok tadi saya baru je update entry pasal semester 3 kan… Skang nie sy nak cite pasal semester 4 plak. Semester 4 merupakan semester yang kritikal bagi setiap pelajar ini kerana pada semester 5 para pelajar akan menjalani latihan praktikal. Oleh itu, para pelajar di nasihati supaya menjaga tatatertib semasa sedang berada di semester 4 kerana anda sedang diperhatikan oleh para pensyarah.

Ok bagi semester 4, banyak yang perlu dipelajari. Oleh itu, para pelajar perlulah memberi tumpuan kepada pengajaran yang diajarkan oleh pensyarah. Kalau boleh jagalah kehadiran kamu ke kuliah kerana ini akan memberi kesan kepada markah kamu juga.

Terdapat banyak benda yang perlu dilakukan semasa di semester 4 sebelum menjalani latihan praktikal. Salah satu daripadanya ialah menjalani kursus kad hijau @ Green Card yang akan diketuai oleh pensyarah yang dilantik oleh CIDB.

Kad hijau diperlukan bagi membolehkan pelajar memasuki tapak binaan. Ini kerana sekiranya tiada kad hijau, pelajar tersebut dilarang sama sekali untuk memasuki tapak bina.

Berikut adalah subjek bagi Semester 4:

          SUBJEK                                                                    EXAM

1) Fundamental of Entrepreneurship                                             YES

2) Measurement of Construction Works IV                                YES

3) Construction Technology IV                                                         YES

4) Construction Economics II                                                            YES

5) Data Analysis                                                                                         YES

6) Professional Practice I                                                                      YES

Ini adalah subjek yang akan diajarkan pada semester 4. Pelajar wajib lulus bagi subjek Measurement of Construction Works IV bagi membolehkan mereka menjalani latihan praktikal.

Entry akan datang akan menyambung bagi subjek dan tugasan yang perlu dijalankan oleh pelajar semasa menjalani latihan praktikal.

Semester 3

Ok… sory dah lame x update entry pasal QS nie bz ckit… Ok hari nie kita akan sambung story pasal QS. Ok naik semester 3 skop pembelajaran masih sama cuma silibus sahaja yang berlainan. Bagi semester 3 nie untuk subjek Measurement of Construction Works III, silibusnye lebih kepada bagaimana untuk mengira konkrit bagi sesebuah bangunan. Pengajaran yang di ajarkan adalah asas kepada pengiraan konkrit.

Walaupun diajar dengan pengiraan yang asas pada konkrit, pelajar akan dapat menguasai pengiraan ini. Apabila berdepan dengan industri, pelajar dapat melaksanakan kerja yang diberi dengan cekap dan berkesan.

Subjek bagi semester 3 pelajar adalah seperti di bawah.

SUBJEK                                                      EXAM

1) English for Academic Purposes                      YES

2) Islam and Environmental Management     YES

3) National Kesatria III                                          YES

4) Measurement of Construction Works III  YES

5) Construction Technology III                           YES

6) Building Services II                                               YES

7) Construction Economics I                                  YES

Jadi ini adalah senarai subjek yang perlu diambil oleh pelajar semasa semester 3. Untuk semester 3 subjek agak mudah tetapi pelajar perlu menumpukan perhatian dalam pembelajaran .

Smm2_front

Rabu, 22 Jun 2011

Semester 2

Subjek yang diambil pada semester dua agak mencabar kerana bagi subjek measurement of construction works ia mempunyai banyak elemen yang perlu dipelajari oleh pelajar.

Semester 2                                                                      Exam

1) Preparatory Course for Muet                                                       YES

2) Islamic Thought and Civilization                                                YES

3) Measurement of Construction Works II                                  YES

4) Construction Technology II                                                          YES

5) Building Services I                                                                              YES

6) Construction Law                                                                                 YES

7) National Kesatria                                                                                 YES

Subjek yang disenaraikan di atas merupakan subjek yang perlu diambil oleh pelajar. Setiap subjek yang dipelajari didalam kursus Ukur Bahan mempunyai peperiksaan yang akan menentukan prestasi pelajar. Ini kerana setiap subjek yang diajarkan amat berguna dan akan dipraktikkan sehingga pelajar menempuhi alam pekerjaan. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah bersungguh-sungguh dalam memahami setaip perkara baru yang diajarkan oleh Pensyarah.

Selasa, 21 Jun 2011

Gembira Ya Hamat.....


Ya Allah, terima kasih atas pemberian rezeki yang datang padaku dan my hunny bunny ku…. Semalam berita gembira datang pada aku,,, iaitu aku dapat tawaran bekerja di Green Pluslink Sdn Bhd… 1st July nie ak bleh start da…. syukur alhamdulillah,,,,
Baru je jap tadi my hunny bunny ku tepon katanya dh dapat surat confirm… syukur gajinya juga telah dinaikkan… Ya Allah sekali lagi Kau telah mambantu umatMu untuk mencari rezeki yang halal..
Moga-moga kehidupan kami akan bertambah bahagia dengan rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. Amin…. 

Subjek Diploma in Quantity Surveying

Okey skang nie saya nak cite pasal subjek yang akan diambil oleh seorang juruukur bahan.

Subjek bagi kursus diploma ukur bahan terdapat 6 subjek bagi setiap semester. Hanya pada semester satu subjek yang diambil lebih daripada 6 kerana ingin mengukuhkan kembali pelajaran asas bagi pelajar.

SEMESTER 1                                                                                                EXAM

1) Measurement of Construction Works 1 (core/wajib)                  YES

2) Construction Technology 1                                                                     YES

3) Principle of Economics                                                                              YES

4) Information Technology 1                                                                        NO

5) Land Surveying                                                                                               NO

6) Consolidating Language Skills                                                                 YES

7) Fundamental of Islam                                                                                  YES

8) Principle of Structure                                                                                  YES

9) National Kesatria 1

(Exam by the coordinator of National Kesatria)                                                                                                                 YES

Tugas Jurukur Bahan

Juruukur Bahan merupakan orang yang paling penting dalam memastikan setiap kerja dilakukan besesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan dengan menggunakan kos yang telah diberikan ataupun kurang daripada kos yang diberikan.

Tugas juruukur bahan adalah seperti berikut:-

a) Memberi nasihat di peringkat perancangan mengenai kos yang terlibat dalam pembangunan yang dicadangkan.

b) Menyediakan kajian untuk menyelidik sama ada rancangan pembangunan itu akan atau merugikan.

c) Bekerjasama dengan kumpulan pereka bentuk bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan itu berpadanan dengan peruntukan kewangan.

d) Menyediakan akaun penamat bagi sesebuah projek binaan.

Keterangan di atas merupakan sebahagian daripada tugas yang perlu dilakukan oleh seorang jurukur bahan.

Rabu, 15 Jun 2011

Fungsi Jurukur Bahan

Kerjaya sebagai jurukur bahan merupakan kerjaya yang memberi peluang sangat cerah kepada mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini. Ini kerana profession ini sangat-sangat diperlukan dalam industri.

Bagi mereka yang tidak mangetahui apa itu jurukur bahan, saya akan cerita mengenainya.

Terdapat banyak tugas yang boleh dilakukan oleh jurukur bahan. Seperti yang kita ketahui dalam industri pembinaan mempunyai banyak peringkat sebelum sesuatu projek boleh dijalankan dan disiapkan. Tugas jurukur bahan bermula dari peringkat awal sehingga sesuatu projek tersebut mempunyai akaun ahkir (final account). Jurukur bahan hendaklah sentiasa ‘up date’ dengan rakan sekerja lain dari kumpulan rekabentuk untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar. Untuk mendapatkan info mengenai carta alir bermulanya tugas seorang qs anda bolehla melayari www.google.com dan taipkan RIBA Plan of Work.

Dalam pautan ini ia akan menerangkan mengenai proses yang akan dilalui oleh seorang qs dari bermulanya penyediaan kontrak sehingga lah terhasilnya akaun akhir.

Selasa, 14 Jun 2011

Quantity Surveyor (QS)

 

PENGENALAN

Kerjaya ini memberikan pengetahuan yang boleh diperoleh daripada pendidikan formal yang di berikan di universiti tempatan dan luar negara, melalui latihan praktik dan juga pengalaman yang diperolehi daripada masalah yang timbul dalam industri ini.

Biasanya ia berkaitan dengan kos dan Kontrak dalam industri pembinaan.

SEJARAH UKUR BAHAN

Profession ini wujud pada kurun ke-19 yang pada waktu itu ia dipanggil sebagai ‘measurer’. Pekerja yang berpengelaman dalam bidang in pada waktu itu biasanya akan menyediakan jadual bagi pembinaan sesuatu bangunan termasuk mengenai pembelian bahan binaan, aktiviti pekerja buruh dan yang berkaitan. Ini bagi mendapatkan kos yang diperlukan bagi membina bangunan tersebut dan akan dihantar ke tampat yang menawarkan projek untuk dinilai dan bersaing dengan petender yang lain.

Profession ini mula berkembang pada tahun 1820 dan QS yang pertama adalah Sir Henry Arthur Hunt dimana beliau terlibat dalam kerja-kerja di ‘House of Parliament’. Selepas berlakunya kebakaran besar di ‘old Palace of Westminister’ beliau mengeluarkan anggaran kos bangunan tersebut.

Terdapat institut professional yang kebanyakannya berkebolehan untuk berbahasa English terletak di ‘Royal Institut of Chatered Surveyors (RICS) di UK.

Bagi di Malaysia QS biasanya akan berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (ISM). Kelayakan minimum untuk berdaftar adalah dengan mempuyai Ijazah Ukur Bahan layak mendaftar.

 

Untitled

RICS dan ISM

KL GENGSTER


Yeah movie again… Kali nie ak ngan my hunny bunny ku g tgk midnight crita apa… Crita KL GENGSTER ma… ini cerita banyak bagus ma… Itu action manyak syiok… Tomoi punya action juga mau amik kan… Tapi memang best la… Aaron Aziz berlakon memang meletop… Ada Gaya ma…
Ok la ini ckit review untuk ini flem… hehe… Smile ok ini flem is recommend to alls… Sape2 yang minat ngan flem tempatan g la tgk… Support ckit flem tempatan nie… mcam ak ngan my hunny bunny ku… Apa flem yang keluar tempatan punya mesti kami g tgk dulu…
Ada review pasal fast 5 kan… kami tgk cite 2 sebab Cite fast 5 memang best… 2 jela cite luar yang kami tgk… Apapun flem tempatan tetap di hati kami terutama sekali flem terbitan Metrowealth and Skop Production… Perghh memang best…
Ok la cukup2 la aku nak meng ‘review’ flem orang… hehe… Apa yang penting
‘SUPPORT FILEM TEMPATAN K’…..
Gud Luck to all producers.

Isnin, 13 Jun 2011

mana nak cari duit

hai sume.. hari nie moody ckitla...
hmm...
mane nak cari duit ek...
nak kawin nie.... hmm.... tolongla bantu kalau ade idea ek...
nak cari part time...
pagi dah keje...

Jumaat, 10 Jun 2011

ngantok

hai sume ari nie rasa ngantok sgtla... hmmm nak buat mcm mane ek bagi mata nie segar ckit... ok la mcm nak smbung tdo lagi je...

Khamis, 9 Jun 2011

nak cari keje

 

Kepada semua readers saya saya ingin mintak tolong nie… saya sedang mencari kerja sebagai Assistant Quantity Surveyor yang berhampiran dengan area Klang. Kepada sesiapa yang ada maklumat boleh lah balas melalui ruang komen yang disediakan… Saya amat mengalu2 kan sebarang cadangan yang diberi… untuk maklumat tambahan Current CGPA saya ialah 3.24/4… Saya harap ada yang boleh bagi info kat saya.

penat

hmm... semalam ngatkan dapatlah nak siapkan satu doily crochet nie tapi bile dah nak siap ade je yang salah... pening da nak buat so i stop dulu for a moment... hmm... x tau la kat mane silapnya.... balik nie nanti i nak kemas dulu bilik i nak set up mane2 yang patut bagi cantik.. hmm... ari 2 dh kemas tapi 2 la kan bile dh bekerja nie smpi je umah bantal 2 macam dh memanggil... hehe... so my mission today is to kemas balik my bilik... hehe... ok la smpi cnie je entry i hari nie.... esok kalau rajin i update lagi k... 

Rabu, 8 Jun 2011

terasa ingin berniaga melalui blog plak...

hai sume... ak bercadang nak start berniaga melalui blog nie,,, walaupun blog ak nie berkenaan dengan perjalanan cinta ak ngan my hunny bunny x salah rasanya kalau kita mencuba kan... hehe... aku ingat nak jual barang yang dikait... sebagai contoh alas meja kopi, bekas botol air dan apa sahaja yang boleh dikait. nie baru cadangan.. nti aku akan letak gambr contoh kat dalam blog nie... mane tau ada yang suka kat barang yang ak nak jual nie//// bab harga ak belum tentukan lagi.. so... ak bagi korang tengok gambarnye dulu k... 


Gambar ak akan upload on the next entry coz kait aku yang pertama masih dalam proses untuk disiapkan/// 

Isnin, 6 Jun 2011

my hunny bunny ku sakit

hai sume,,, sory da lame x update.,.. this is because my hunny bunny x shat... ini disebabkan masa die tgh buat keje... die ngah nak susun barang kat platform... tibe2 barang yang die nak angkat 2 hampir2 jatuh... untuk mengelakkan barang daripada jatuh my hunny bunny ku tahan and then pinggang die terseliuh... sian die... nasib baik sabtu cuti... lehla ak jaga die... die jalan pn x berada dalam posisi yang betul... so... malam tadi my family bawak die g mengurut kat salah seorang dari sedara kite orang... lepas urut alhamdulillah my hunny bunny ku berada dalam keadaan yang memuaskan... cuma tinggal sengal2 badan...sedara kami suruh die ulang balik urut untuk buat badan die selesa.... syukur my hunny bunny ku x ape2 masa kejadian 2...