Hadiah Kreatif

Khamis, 28 April 2011

Selamat Hari Ibu

Ibu merupakan insan yang paling mulia sekali di dunia ini kerana dengan adanya ibu kita telah lahir ke dunia ini... Dengan kasih sayang seorang ibu kita di besarkan.... di belai dengan penuh manja, di kasihi, di sayangi dengan sepenuh hati... dengan ibu lah kita mengenal erti kasih sayang... belaian lembut yang diberikan membuatkan kita selesa berada di dalam dakapannya... Sungguhpun masa itu kita masih kecil ibu tidak pernah kenal erti letih melayani keletah kita sebagai anaknya... Dengan bimbingannya kita mengenal erti kehidupan... Bermula lah kehidupan baru yang bakal di lalui oleh kita... Setiap masalah yang kita hadapi kita akan merujuk dan bercerita kepada Ibu yang kita anggap sahabat... Ibulah teman berbicara sewaktu kita gembira dan sedih... Naluri seorang ibu lebih memahami jiwa anaknya kerana ibu juga telah melalui saat itu dahulu... Ibu.. Engkaulah yang telah memberi ku sinar dan peluang untuk melihat dunia ini... Tanpa Ibu mungkin aku tidak ada di dunia ini... Betapa bertuahnya aku dilahirkan dengan mempuyai seorang ibu yang pengasih, penyayang dan segala-galanya... 

Nukilan ini ku tulis bagi mengingati Hari Ibu yang akan menjelma tidak lama lagi... Bagi ibu-ibu yang berada di Malaysia dan seluruh dunia aku ucapkan SELAMAT HARI IBU.... Hargailah ibu anda selagi mereka masih bernyawa... Bagi mereka yang sudah kehilangan sedekahkan lah Al-Fatihah supaya mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.... 

Tidak lupa kepada mak, Selamat Hari Ibu... dan juga kepada bakal ibu mertuaku Selamat Hari Ibu ku ucapkan.... Semoga kehidupen kedua-dua insan yang mulia ini akan bertambah baik di masa akan datang... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan