Hadiah Kreatif

Selasa, 14 Jun 2011

Quantity Surveyor (QS)

 

PENGENALAN

Kerjaya ini memberikan pengetahuan yang boleh diperoleh daripada pendidikan formal yang di berikan di universiti tempatan dan luar negara, melalui latihan praktik dan juga pengalaman yang diperolehi daripada masalah yang timbul dalam industri ini.

Biasanya ia berkaitan dengan kos dan Kontrak dalam industri pembinaan.

SEJARAH UKUR BAHAN

Profession ini wujud pada kurun ke-19 yang pada waktu itu ia dipanggil sebagai ‘measurer’. Pekerja yang berpengelaman dalam bidang in pada waktu itu biasanya akan menyediakan jadual bagi pembinaan sesuatu bangunan termasuk mengenai pembelian bahan binaan, aktiviti pekerja buruh dan yang berkaitan. Ini bagi mendapatkan kos yang diperlukan bagi membina bangunan tersebut dan akan dihantar ke tampat yang menawarkan projek untuk dinilai dan bersaing dengan petender yang lain.

Profession ini mula berkembang pada tahun 1820 dan QS yang pertama adalah Sir Henry Arthur Hunt dimana beliau terlibat dalam kerja-kerja di ‘House of Parliament’. Selepas berlakunya kebakaran besar di ‘old Palace of Westminister’ beliau mengeluarkan anggaran kos bangunan tersebut.

Terdapat institut professional yang kebanyakannya berkebolehan untuk berbahasa English terletak di ‘Royal Institut of Chatered Surveyors (RICS) di UK.

Bagi di Malaysia QS biasanya akan berdaftar dengan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (ISM). Kelayakan minimum untuk berdaftar adalah dengan mempuyai Ijazah Ukur Bahan layak mendaftar.

 

Untitled

RICS dan ISM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan