Hadiah Kreatif

Selasa, 28 Jun 2011

Semester 4

Ok tadi saya baru je update entry pasal semester 3 kan… Skang nie sy nak cite pasal semester 4 plak. Semester 4 merupakan semester yang kritikal bagi setiap pelajar ini kerana pada semester 5 para pelajar akan menjalani latihan praktikal. Oleh itu, para pelajar di nasihati supaya menjaga tatatertib semasa sedang berada di semester 4 kerana anda sedang diperhatikan oleh para pensyarah.

Ok bagi semester 4, banyak yang perlu dipelajari. Oleh itu, para pelajar perlulah memberi tumpuan kepada pengajaran yang diajarkan oleh pensyarah. Kalau boleh jagalah kehadiran kamu ke kuliah kerana ini akan memberi kesan kepada markah kamu juga.

Terdapat banyak benda yang perlu dilakukan semasa di semester 4 sebelum menjalani latihan praktikal. Salah satu daripadanya ialah menjalani kursus kad hijau @ Green Card yang akan diketuai oleh pensyarah yang dilantik oleh CIDB.

Kad hijau diperlukan bagi membolehkan pelajar memasuki tapak binaan. Ini kerana sekiranya tiada kad hijau, pelajar tersebut dilarang sama sekali untuk memasuki tapak bina.

Berikut adalah subjek bagi Semester 4:

          SUBJEK                                                                    EXAM

1) Fundamental of Entrepreneurship                                             YES

2) Measurement of Construction Works IV                                YES

3) Construction Technology IV                                                         YES

4) Construction Economics II                                                            YES

5) Data Analysis                                                                                         YES

6) Professional Practice I                                                                      YES

Ini adalah subjek yang akan diajarkan pada semester 4. Pelajar wajib lulus bagi subjek Measurement of Construction Works IV bagi membolehkan mereka menjalani latihan praktikal.

Entry akan datang akan menyambung bagi subjek dan tugasan yang perlu dijalankan oleh pelajar semasa menjalani latihan praktikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan