Hadiah Kreatif

Memaparkan catatan dengan label study. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label study. Papar semua catatan

Khamis, 7 Julai 2011

Semester 5 (cont'd)

Ok entry semalam merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum manghadiri latihan praktikal. Semasa latihan praktikal pelajar akan diberi tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pensyarah datang membuat penilaian terhadap latihan praktikal. Antara tugasan yang diberikan adalah:


a) Menulis buku log


Anda perlu merekod setiap aktiviti yang anda lakukan secara harian. Ini supaya pensyarah dapat mengetahui tugasan yang telah diberikan kepada pelajar. Kadang kala ada tugasan yang diberi oleh firma dan juga kontraktor belum lagi di ajar oleh pensyarah. Oleh itu, mencatat aktiviti harian pada buku log adalah sangat penting. Jika tertinggal menulis satu hari aktiviti anda, anda mungkin akan mengalami kesukaran dalam mengingati aktiviti yang telah anda lakukan.

b) Report A
    
Report A biasanya mengenai pre and post contract. Bagi mereka yang menjalani latihan praktik di Syarikat konsultan QS mereka biasanya akan membuat report berkenaan dengan pre-contract. Dan sebaliknya bagi mereka yang membuat praktikal di Sayrikat Kontraktor. Mereka akan membuat report post-contract. 


c) Report B 
    
Report B biasanaya lebih kepada hal-hal berkaitan denganm kontrak dan juga menegenai harga-harga terkini bahan binaan, jentera dan sebagainya. Pelajar perlu menjadi seorang yang aktif. Bermaksud pelajar perlu sentiasa alert  dengan harga pasaran yang kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Oleh itu, pelajar perlu efisien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. 


d) Elemental Cost Analysis (ECA)


ECA perlu dilakukan oleh pelajar. Ini bagi melihat kemampuan pelajar dalam membahagikan harga kontrak yang telah dinyatakan mengikut elemen-elemen dalam bangunan tersebut. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang sangat penting sebagai seorang QS. Ini kerana biasanya, pelanggan atau Klien akan sentiasa bertanyakan menganai ke mana duit mereka disalurkan dan bahagian mana yang paling banyak duit klien digunakan. 


Apa yang telah dinyatakan di atas hanyalah dari segi pengalaman saya semasa menjalani latihan praktikal. Jika ada sebarang percanggahan itu semua bergantung pada pihak Universiti dan Kolej masing-masing. 

Rabu, 6 Julai 2011

Semester 5

Salam semua. Hari ini saya akan kongsi dengan readers mengenai sambungan untuk kurus Ukur Bahan. Bagi semester 5 pelajar Ukur Bahan akan menjalani latihan praktikal di tempat praktikal yang diberikan oleh pensyarah atau pilihan sendiri. Oleh itu pelajar perlu menghadiri beberapa perjumpaan bersama dengan pensyarah supaya segala masalah yang dihadapi oleh pelajar akan dapat diselesaikan.

Yang pertama.
Pelajar akan berjumpa dengan pensyarah semasa di awal semester 4 iaitu Preliminary Briefing. Di dalam briefing ini pelajar akan diberitahu mengenai tatacara briefing tersebut akan diadakan. Oleh itu, setiap pelajar wajib untuk menghadiri Preliminary Briefing tersebut.

Yang Kedua
Pelajar perlu menghadiri kursus Kad Hijau anjuran CIDB. Kad ini membolehkan pelajar memasuki tapak bina. Jika tiada kad hijau ini, pelajar dilarang sama sekali untuk memasuki tapak bina.

Yang Ketiga
Pelajar akan diberi taklimat mengenai tempat-tempat latihan praktikal yang bakal pelajar-pelajar pilih. Pelajar akan di beri beberapa pilihan menganai tempat praktikal.

Yang keempat
Selepas pilihan di buat, pelajar perlu menunggu keputusan penempatan tempat praktikal apabila pensyarah telah mendapat jawapan daripada syarikat yang dipilah oleh pelajar.

Yang Kelima
Perjumpaan terakhir akan diadakan selepas pelajar tamat exam pada akhir semester 4 nanti. Oleh itu, pelajar dikehendaki merancang masa balik mereka dengan betul supaya tidak bercanggah dengan tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar dikehendaki menandatangani surat perjanjian dengan pihak Universiti ataupun Kolej.

Akhir sekali pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menjalani latihan praktikal. 

Selasa, 5 Julai 2011

Tahniah kepada kawan-kawan

Assalamualaikum semua... ok kat sini saya nak ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada kawan-kawan yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dengan melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan (AP 224). Moga-moga kamu semua dapat menghadapi segala cabaran dalam pelajaran dengan tenang dan berdaya saing. Kepada sesiapa yang dapat kat Perak tu tahniah jugak sebab kita telah dilahirkan oleh Pensyarah-pensyarah yang berkaliber dan yang sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas mereka untuk mendidik kita. 

So I wish u all luck!!!! Selamat Belajar.


Rabu, 30 Mac 2011

stress....... final presentation!!!!!!!!

hai sume... nak cite ckit nie.... esok merupakan hari final presentation kita orang..... we are going to present pre tender estimate for the project that have been given to us,.. so... hopefully we ouls can done perfectly tomorrow... please pray for us,,,, doakan semoga pembentangan kami esok berjalan dengan lancar dan selamat... doakan semoga kami boleh menjawab segala soalan panel dengan lancar.... amin....

WISH US LUCK K!!!!

Papa jangan lupa doakan ibu ye pa..

Rabu, 9 Mac 2011

assignment model...

ok nie i ada update ckit pasal model yang kita orang bertungkus lumus buat ari 2 ye... semalam my lecturer baru je announce markah yang every group dapat... so group kita orang yang paling highest.... hehe.... seronok rasanya... so.. to all group members... congratulations for a very good co-operation and hard working... good luck for your exam k... 

Khamis, 20 Januari 2011

tension

hai sume... nak cite nie,,,, 
ingatkan senang jadi final sem student nie... hehe... payah gak ye... banyak benda kene cari sendiri x macam masa part one blaja dulu...
mulut semua nganga je... lecturer bagi ape amik je,,, haha.... sengal2... nampak sangat baru nak kenal erti blaja kat u...
hehe... banyak keje nak kene wat nie... ngan final project lagi... huuhuu...
macam nak pecah kepala otak pkir apa yang nak kene buat... ada sesapa x yang tau pasal "commercial property policy during economic crisis 1998-2010" kalau ada sesapa yang tau bagi tau la ye.... ngah pening nie.... harap bantu... huahuahua