Hadiah Kreatif

Khamis, 7 Julai 2011

Semester 5 (cont'd)

Ok entry semalam merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum manghadiri latihan praktikal. Semasa latihan praktikal pelajar akan diberi tugasan yang perlu diselesaikan sebelum pensyarah datang membuat penilaian terhadap latihan praktikal. Antara tugasan yang diberikan adalah:


a) Menulis buku log


Anda perlu merekod setiap aktiviti yang anda lakukan secara harian. Ini supaya pensyarah dapat mengetahui tugasan yang telah diberikan kepada pelajar. Kadang kala ada tugasan yang diberi oleh firma dan juga kontraktor belum lagi di ajar oleh pensyarah. Oleh itu, mencatat aktiviti harian pada buku log adalah sangat penting. Jika tertinggal menulis satu hari aktiviti anda, anda mungkin akan mengalami kesukaran dalam mengingati aktiviti yang telah anda lakukan.

b) Report A
    
Report A biasanya mengenai pre and post contract. Bagi mereka yang menjalani latihan praktik di Syarikat konsultan QS mereka biasanya akan membuat report berkenaan dengan pre-contract. Dan sebaliknya bagi mereka yang membuat praktikal di Sayrikat Kontraktor. Mereka akan membuat report post-contract. 


c) Report B 
    
Report B biasanaya lebih kepada hal-hal berkaitan denganm kontrak dan juga menegenai harga-harga terkini bahan binaan, jentera dan sebagainya. Pelajar perlu menjadi seorang yang aktif. Bermaksud pelajar perlu sentiasa alert  dengan harga pasaran yang kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Oleh itu, pelajar perlu efisien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. 


d) Elemental Cost Analysis (ECA)


ECA perlu dilakukan oleh pelajar. Ini bagi melihat kemampuan pelajar dalam membahagikan harga kontrak yang telah dinyatakan mengikut elemen-elemen dalam bangunan tersebut. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang sangat penting sebagai seorang QS. Ini kerana biasanya, pelanggan atau Klien akan sentiasa bertanyakan menganai ke mana duit mereka disalurkan dan bahagian mana yang paling banyak duit klien digunakan. 


Apa yang telah dinyatakan di atas hanyalah dari segi pengalaman saya semasa menjalani latihan praktikal. Jika ada sebarang percanggahan itu semua bergantung pada pihak Universiti dan Kolej masing-masing. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan