Ok cerita nie ak start tgk time dh pertengahan jugakla...So aku decide nak tgk cite nie dari awal sebabnya cerita die best.. Ok nie adala sikit sinopsis cerita ini ok...
Sinopsis Drama ANISSA
Atas dasar kepercayaan, empat (4) wanita yang sudah berkenalan sejak zaman di kolej telah membina sebauh empayar perniagaan iaitu Anissa Corporation. Mereka semua telah berjanji supaya jujur antara satu sama lain. Namun itu semua tidak bertahan lama kerana persahabatan mereka telah mula goyah apabila timbulnya syak wasangka.
Pelakon yang ditampilkan adalah Anna(Fiza Elite), Balkis(Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya). Dengan gandingan mereka berempat mereka telah memperbesarkan empayar perniagaan mereka.
Memasuki tahun ke lima, Empayar perniagaan mereka telah kukuh namun masalah peribadi yang terjadi menyebabkan Anissa Corporation mula goyah.
Anna mengesyaki suaminya ada berkahwin lain dan mengambil tindakan untuk menyiasat siapakah isteri kedua Farid(Zamarul Hisyam).
Balkis merupakan sahabat yang paling disayangi Anna namun Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid. Namun mereka pandai menyimpan rahsia dengan menjadikan Kamal(Eizlan Yusof) sebagai kekasihnya. Apabila Balkis didapati mengandung mereka telah mengupah Imran berlakon sebagai suami Balkis.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri kerana dia telah disahkan menghidap penyakit kanser tahap 3. Oleh kerana Sara selalu mendiamkan diri maka Anna mengesyaki Sara telah mengahwini Farid. Namun apabila Kamal telah mengahwini Sara maka Anna menyedari kesilapannya dengan mempersalahkan Sara selama ini.
Shila telah dapat mengetahui hubungan Balkis dan Farid namun dia tidak sanggup untuk memberitahu Anna kerana Shila juga masih diburu rasa bersalah. Bagaimanakah Anna menghadapi segala pengkhianatan yang telah dilakukan oleh rakan karib yang Anna telah anggap sebagai adik-beradik? Mampukah dia?
Persoalan ini akan terjawab dengan menonton Drama Anissa jam 10.30malam di TV3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan