Hadiah Kreatif

Rabu, 18 September 2013

Bersalin Operate / Cesarean

Pengalaman mengandung memang menyeronokkan, saat bayi bergerak dalam kandungan memberikan rasa yang sungguh bahagia. Setiap pergerakan anak merangsang diri kita untuk menjaga si kecil dengan penuh kasih sayang.

Bagi diri aku sendiri, walaupun baru sahaja melahirkan anak pertama, aku sudah mula rindu pada pergerakan baby dalam perut.

Cesarean

Untuk pengetahuan semua saya telah selamat melahirkan anak sulung saya lelaki pada 02.07.2013 pada jam 08.42pm. Menceritakan detik untuk melahirkan, ia merupakan detik yang sangat membahagiakan diri saya. Setiap ibu yang mengandung pasti mahu melahirkan anak yang sihat, selamat dan comel.

Detik kesakitan bermula - 30 Jun 2013, aku sudah mula sakit pada hari ini, rasanya mcm senggugut nak period. Maklumlah kali pertama bersalin, kita pun x tau sakitnya mcm mane. Ajak My Hubby g hospital untuk check. Sampai di hospital, check2 dktr kate baru bukak 1cm, dktr suh balik dulu sbb katenya anak pertama nie lambat sikit nak bukak. Kami pn balikla...

2 Julai 2013

Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Kesakitan yang aku alami makin sakit. Ajak My Hubby g hospital. Sampai hospital kene admit. Kalau ikut due date 03.07.2013. Dah hampir2 dengan due date. Masa kat wad dah siap registration baru dapat katil. Masa 2 dh dekat kul 4 lebih. My Hubby pn balik...

X sampai 5 minit duk kat katil tetiba dengar bunyi 'pop' ah sudah, air ketuban plak pecah. Inform My Hubby suh dtg balik hospital sbb takut tetibe emergency nak bersalin. Dktr inform kene tgu lebih kurang 6 jam. After 6 jam nurse and dktr check lagi. Contraction makin kuat. Tak tahan rasanya. Dah siap check cuma baru bukak 3cm.

Lagi 5 minit pkul 6 ptg, nurse dh call suh masuk labour room. Aku disiapkan untuk ditolak masuk ke labour room. Perasaan masa 2 Tuhan je yang tahu betapa gementarnya hati nie. Bertemankan My Hubby & mak.. Aku ditolak oleh nurse bersama2 mereka.

Masuk ke labour room aku diperiksa oleh dktr. Sakit dh makin kuat tapi sakit untuk melahirkan belum tiba lagi. Jam telah beransur ke pkul 8 mlm. Keadaan di labour room makin kelam kabut apabila alat yang digunakan untuk detect jantung baby x dpt nk detect jantung babyku.

Hatiku x tentu hala dah, Tetiba aku dengar dktr kate call operation room booking.. Dapat confirmation untuk booking operation room, dktr inform dgn aku yang aku kene cesar.. Aku dengan redha dan pasrah aku inform dktr, 'u buat la ape pn yang penting baby saya selamat'. Aku sign beberapa form untuk proses bersalin secara operate.

Sekali lagi aku disiapkan oleh nurse2 pakaian untuk ke bilik pembedahan. My Hubby masih setia menanti di luar dengan mak aku. Aku ditolak keluar oleh nurse untuk dibawa ke wad pembedahan. Aku cuma nampak lampu di sepanjang perjalanan ke bilik pembedahan.

Selalu nampak bilik pembedahan dalam TV je, tapi kali nie betul2 depan mata. Nampakla lampu bulat2 2... hehe.. Dktr bius take over, aku start dibius. Sakitnya bukan kepalang tatkala jarum bius tu dimasukkan. Rasa macam nak lari tapi tak boleh.. hehe..

Lepas kene bius of course la kaki pn start kebas.. Doktor bagi half bius.. Jadi dktr pn start the operation process.. Terasa pisau jalan dekat atas perut... hehe... Bila smpai di pintu rahim doktor tekan2 perut untuk keluarkan baby... Saat baby keluar dari perut aku dengar anakku menangis.. Hibanya hatiku bukan kepalang.. Aku menitiskan air mata kegembiraan yang tak terhingga.

Nurse tunjukkan aku my baby.. My baby senyum kat aku.. Indah sungguh perasaan masa 2.. Nurse bagi aku cium tapi my baby kene mask oksigen yang aku pakai.. Hehe... Dah selamat...

Tepat jam 8.42pm my baby selamat dilahirkan secara cesarean.

Kat bawah nie aku upload sikit gambar my baby... paling latest pakai sweater hijau nak balik kg... Yang pakai baju biru 2 masa umur sebulan lebih,, sekarang nie my baby dh berumur 2 bulan stngah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan