Para ibu bapa yang baru melahirkan anak semestinya risau dengan bayi mereka yang baru lahir. Menjadi perkara biasa apabila bayi yang baru lahir kene sakit kuning nie..
Masa saya baru melahirkan maklumlah bersalin operate nie 2 hari duk hospital sbb dorunk nak pastikan yang Ibu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa2 komplikasi selepas menjalani pembedahan.
Amalan yang biasa dilakukan oleh tok nenek kita dulu suh jemur baby kat cahaya matahari. Tapi jgn la matahari terik 2 pergi jemur baby.. Sian baby 2.. Jemur la bayi anda pada jam 8 hingga 10 pagi 2 ok la.. agak2 dapat dalam 15 minit ke setengah jam ke ok la,,,
Selain dari jemur, boleh berikan bayi anda minum susu kambing fresh. Susu kambing boleh diberikan sebanyak 2 @ 3 kali sehari. Jgn bnyk2 agak2 dalam 2ml menggunakan picagari ubat yang biasa klinik bagi untuk baby. Peringatan jgn cuba rendam dengan air suam atau panas kerana susu tersebut akan mengeluarkan minyak seperti anda memasak susu tersebut.
Jika mata bayi anda ada nampak kuning2, perahkan susu ibu di mangkuk kecil.. xpayah perah banyak2 pn x pe.. Titiskan pada mata bayi anda. Jika boleh lakukan sehingga kuningnya x nampak lagi di mata bayi anda.
Walaupun cara diatas boleh dicuba, namun yang paling penting anda perlu berikan bayi anda susu ibu dengan secukupnya kerana susu ibu ada khasiat yang sangat baik untuk antibodi dan juga perkembangan bayi anda.
Jika bayi anda tidur lama, kejutkan bayi anda untuk menyusukannya. Jangan dibiarkan lama kerana bayi anda akan lapar walaupun dia tidur. Ingat yang penting adalah susu ibu. Apapun ikut nasihat doktor sekiranya penyakit kuning melarat.
Apa yang ditulis diatas sekadar untuk berkongsi ilmu dan petua yang saya lakukan semasa dalam pantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan