Hadiah Kreatif

Jumaat, 20 September 2013

Pemakanan Bersalin Operate

Perkara biasa yang dialami oleh wanita selepas bersalin adalah untuk membuang air besar. Biasanya akan mengambil masa beberapa hari untuk pulih. Bagi saya, saya mengambil masa seminggu untuk melepaskan hajat.. hehe…

Oren merupakan salah satu makanan yang bagus untuk sistem penghadaman. Makanlah buah oren 1-2 biji dalam sehari. Ia juga bagus untuk menyembuhkan luka. Sayur-sayuran juga penting kerana ia membekalkan serat untuk tubuh kita.

Sayur yang saya ambil semasa dalam pantang adalah sayur sawi, kubis, lobak merah, lobak putih. Kesemua sayur2 tersebut dimasak dengan cara rebus sahaja dan dimakan dengan ikan bilis kicap.

Bagi minuman pula, air suam perlu minum untuk mengekalkan tubuh kita mendapat air yang secukupnya. Air kopi / milo hendaklah diminum dalam keadaan yang masih panas supaya badan kita dapat kehangatan. Maklumlah lepas bersalin badan kita nie sejuk.

Kita boleh makan nasi goreng tapi untuk menggoreng nasi hanya menggunakan minyak yang sangat sedikit sekadar untuk menumis bawang merah,bawang putih dan ikan bilis. Jangan sesekali letak cili padi ye semasa masih dalam pantang, kesian baby takut die tak tahan.

Selepas tumisan dah naik bau masukkan nasi putih, gaul, campurkan dengan sayur sawi, lobak merah untuk sayur-sayuran. Kemudian, taburkan lada hitam, gaul dan letakkan garam secukup rasa.

Itulah serba sedikit pemakanan yang saya amalkan semasa dalam pantang. Yang penting dapatkan rehat yang cukup untuk kesihatan tubuh anda.

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Khairunnisa, ia bergantung pada seseorang, mcm akak, bila akak makan lada hitam akak ngan baby ok..
      Untuk permulaan Nisa boleh cuba mkn tp dalam kuantiti yang ckit.. tgk keadaan nisa and baby.. kalau ok boleh teruskan makan lada hitam...
      Kalau letak banyak pedas la.. ikut pada selera nisa. Bagus sebenarnya lada hitam nie.. ia bertujuan untuk panaskan badan.. Badan org lepas bersalin nie sejuk..

      Padam